Thursday, September 11, 2014

Kes hasutan: Aktivis rela meringkuk di lokap

MALAYSIAKINI



 
 
 
Aktivis Ali Abd Jalil lebih rela untuk terus meringkuk di lokap polis daripada ditahan semula selepas diikat jamin.

Peguamnya, Fadilah Md Fazil berkata Ali bimbang akan didakwa sekali lagi selepas ini berhubung kesalahan melibatkan Akta Hasutan sekiranya diikat jamin.

"Tadi bila kita jumpa dia dan tanya apa yang dia mahu, dia minta supaya beri masa sehingga Isnin untuk ikat jamin,” katanya.

Beliau berjaya menemui Ali di lokap polis, di bangunan kompleks mahkamah di Shah Alam hari ini.

Siswa di sebuah institut pengajian tinggi swasta itu dibawa ke mahkamah hari ini untuk proses jaminan namun berkeras untuk terus berada di lokap, katanya.

"Lagipun dia tak mahu diikat jamin kerana keadaan dia dalam penjara Sungai Buloh, OK. Dia gembira,” kata Fadilah.

Tambahnya, Ali juga tidak menerima sebarang gangguan di penjara itu.

“Fizikal dia pun OK. Dia kata dia dapat banyak pengalaman dan belajar banyak perkara dalam penjara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau kali pertama dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang pada hari Isnin lalu atas tuduhan menerbitkan penerbitan berbaur hasutan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Tuduhan tersebut adalah berhubung tulisan di laman Facebook bernama “Regimen Anarki” yang didakwa dimiliki Ali.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, pemuda itu kemudiannya ditahan semula sebaik diikat jamin pada hari sama.

Beliau kemudian di bawa Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dihadapkan dengan dua lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor dan institusi beraja di Malaysia.

Ali bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Untuk dua pertuduhan itu, beliau dibenar diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan mahkamah mengarahkan beliau menyerahkan pasport antarabangsa.


 

No comments: