Tuesday, September 16, 2014

Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal - Hatta Ramli

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



SHAH ALAM: "Jangan ingat Pakatan Rakyat terlalu ideal", tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Katanya, sehingga kini, gagasan itu masih belum memutuskan siapakah yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.
 
Begitu juga dengan isu siapakah bakal pengganti Menteri Besar Selangor.
 
"Jangan ingat PR semuanya ideal... contohnya siapa perdana menteri daripada PR selepas PRU13, sampai sekarang tidak hendak diselesaikan kerana kita 'setuju untuk tidak bersetuju' tetapi tidak perlu hendak sabotaj," katanya  dalam forum 'Kemelut MB Selangor: Mampukah PR bertahan?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Lembah Pantai malam tadi.
 
Katanya lagi, PAS terpaksa menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai mengikut kehendak Pakatan Rakyat.
 
Ironinya, PAS pada mulanya mempunyai nama lain untuk diketengahkan bagi menerajui Selangor - negeri terkaya di Malaysia.
 
"Apa yang kita mahu? Saya pun tidak pasti, yang kita mahu ialah orang lain, bukan Dr Wan Azizah, tetapi ironinya pada satu tahap kita cadangkan Dr Wan Azizah.
 
"Kalau kita cakap orang lain akan tempelak kita... kita sudah bersetuju bersama rakan (PR)," katanya lagi.
 
Ahli Parlimen Kuala Krai itu tidak menolak percanggahan pendapat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Jawatankuasa PAS Pusat berhubung kemelut itu.
 
"Saya tidak tahu isi perbincangan itu kerana tidak ada laporan rasmi dan kita (AJK PAS Pusat) tidak dijemput.
 
"Mungkin dia (Hadi) dengar pandangan ADUN, saya pun tidak tahu apa kesimpulan tersebut," katanya.
 
Hatta bagaimanapun dilihat tidak selari dengan pendirian kebanyakan pemimpin PAS yang mencemuh dua ADUNnya sebelum ini yang bertindak membelakangkan parti dan menyokong Azizah sebagai calon pengganti Khalid.
 
Beliau juga simpati pada ADUN Morib, Hasnul Morib dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib yang dicop sebagai pengkhianat.
 
"Kenapa kita ambil isu ini sebagai pengkhianatan? Saya harap semua (13 ADUN) itu menyokong supaya sultan senang buat keputusan.
 
"Saya ingin meminta mana-mana pihak yang mempertahankan kuasa 13 ADUN itu untuk jelaskan, kalau tidak sampai bila-bila dua orang itu dicap sebagai pengkhianat," katanya.
 
Sokongan Saari dan Hasnul kepada Azizah menyaksikan ADUN Kajang itu mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor sekali gus menidakkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

No comments: