MALAYSIAKINI
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau
bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai
menteri besar Selangor.
ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan
majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.
"Agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya
tentang pandangan Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi
jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid Ibrahim dan Tuan Guru
sendiri (Hadi) akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi.
Malah, Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai MB, katanya lagi dalam kenyataannya.
Menurut Nik Nazmi, Hadi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan
beliau dan juga Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS,
Suhaizan Kaiat pagi semalam.
"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN
Selangor terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.
"Meskipun isu pelantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini
hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima Sultan
Selangor," katanya lagi.
Nik Nazmu berkata, pertemuan di antara para ketua sayap pemuda itu merupakan usaha untuk menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan.
Krisis berhubung calon pengganti Khalid itu masih berlarutan selepas
Khalid dipecat dari PKR dua bulan lalu dan menjadi menteri besar bebas.
No comments:
Post a Comment