Saturday, August 2, 2014

Pakatan tangani isu MB dengan semangat setiakawan

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menangani isu pertukaran Menteri Besar Selangor dengan semangat setiakawan dan persefahaman yang menjadi asas kekuatan kepada gabungan itu, kata tiga pemimpin tertingginya hari ini.

Perkara itu ditegaskan dalam kenyataan bersama Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

pakatan-rakyat-tmi“Menyedari bahawa mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat, terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian;

“Memahami bahawa suara dan hasrat Rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri;

“Mengamati bahawa semangat persefahaman dan setiakawan Pakatan Rakyat merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta;

“Maka Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

“Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat,” kata kenyataan tersebut.

No comments: