ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Dua belas motosikal yang diletakkan di kawasan parkir
Blok D Flat Sri Sentosa di Jalan Klang Lama di sini, dipercayai dibakar,
awal hari ini.
Ketua pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol
Maarif Saibani, berkata lima anggota daripada Jabatan Bomba dan
Penyelamat Bukit Jalil serta sebuah jentera dikerah ke tempat kejadian
sebaik saja pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada 5.20
pagi.
"Mereka sampai 20 minit kemudian dan mendapati lima daripada 12
motosikal sudah hangus sepenuhnya, manakala tujuh lagi rosak
sebahagiannya," katanya.
Menurut Samsol Maarif, jabatan itu sedang menjalankan siasatan tentang
kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat mengenainya diminta
menghubungi balai polis terdekat.
No comments:
Post a Comment