KEMAMAN: Jalan Jerangau-Jabor yang menjadi laluan
alternatif bagi pengguna pantai timur-pantai barat, perlu dibaik pulih
secara sempurna bagi menjamin keselamatan pengguna serta keselesaan
mereka.
Menurut beberapa pemandu yang ditemui Bernama di sini, tindakan "menampal" berulang kali menjadikan jalan tidak rata dan boleh membahayakan pemandu terutama pada waktu malam.
Kawasan paling ketara ialah dari Air Putih di sini hingga ke persimpangan Bukit Besi di Dungun dan perkara ini sudah berlanjutan sejak empat tahun lalu, kata Ahmad Jamal Abas, 45, dari Kota Baharu, Kelantan.
Beliau yang kerap menggunakan laluan itu untuk ke rumah saudara maranya, berkata sikap pihak berkuasa yang sekadar menampal dengan tar berulang kali di kawasan jalan yang berlubang bukan penyelesaian jangka panjang.
"Jalan tidak rata bukan sahaja menyebabkan pengguna tidak selesa tetapi juga boleh merosakkan kenderaan selain mengundang bahaya," katanya.
Sabri Ali, 38, dari Besut pula berkata keadaan jalan di situ berbahaya kepada pengguna terutama penunggang motosikal.
"Saya yang memandu kereta kena sentiasa berhati-hati kalau mengekori motosikal sebab penunggang selalunya akan ke tengah ke tepi jalan untuk mengelak kawasan jalan yang rosak dan kalau tidak berhati-hati, boleh terlanggar mereka ini," katanya yang bekerja di Kuantan, Pahang.
Seorang lagi pengguna, Fazli Yusri Ismail, 35, dari Setiu, berkata keadaan jalan itu menjadikan pemanduan pada sebelah malam lebih berbahaya.
"Walaupun sekarang jalan sudah tidak berlubang-lubang, namun keadaan yang tidak rata boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal terutama jika memandu laju," katanya.
Selain itu katanya, jalan juga tidak diselenggara dengan baik dengan sesetengah kawasan tidak mempunyai garisan putih di tengah-tengah jalan. - Bernama

No comments:
Post a Comment