MALAYSIAKINI
Paras air di enam daripada lapan empangan di Selangor telah melepasi
paras minimum 55 peratus, demikian menurut lamanweb Lembaga Urus Air
Selangor (LUAS).
Enam empangan terbabit ialah Empangan Batu yang mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 82.99 peratus, diikuti Semenyih
(77.87 peratus), Klang Gates (70.66 peratus), Tasik Subang (67.14
peratus) Langat (63.26 peratus) dan Kolam Takungan Sungai Labu (59.57
peratus).
Bagaimanapun, menurut statistik di lamanweb LUAS, setakat jam 8 pagi
ini, paras air di dua lagi empangan masih di bawah paras minimum, iaitu
Sungai Selangor (33.46 peratus) dan Sungai Tinggi (47.39 peratus).
Pada Februari lepas kerajaan negeri Selangor melaksanakan program catuan
air secara bergilir di seluruh negeri bagi mengimbangi bekalan air di
beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau.
Pelan catuan bekalan air itu ditamatkan pada April lepas.- Bernama
No comments:
Post a Comment