Monday, August 25, 2014

DAP tegur S'wak: Untung sikit, rugi banyak

MALAYSIAKINI


 


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem digesa tidak mengejar untung sedikit tetapi mungkin mengalami kerugian besar apabila melupakan tuntutan royalti minyak 20 peratus ketika ditawarkan 10 peratus ekuiti dalam Malaysia Liquefied Natural Gas 4 (MLNG4).

Ketua pembangkang negeri Chong Chieng Jen mengingatkan kerajaan negeri supaya memegang teguh keputusan sebulat suara Dewan Undangan Negeri (DUN) yang meluluskan resolusi mendesak pemberian 20 peratus royalti minyak terhadap Sarawak.

“Kerajaan Sarawak tidak perlu terlalu berpuas hati dengan 10 peratus saham dalam MLNG4 yang menganggapnya sebagai ganti kepada 20 peratus royalti minyak dan gas,” kata Chong.

Borneo Post Online pada 21 Ogos melaporkan menteri pembangunan tanah Sabah Tan Sri Datuk Amar James Masing sebagai berkata, tawaran pegangan 10 peratus Petronas kepada Sarawak sebagai “permulaan baik” kepada kerajaan negeri.

Katanya, ekoran itu, kerajaan negeri akan terus berunding apa yang menjadi hak mereka kerana sumber bumi itu diambil daripada Sarawak.

No comments: