MALAYSIAKINI
Dua MP DAP menggesa kerajaan agar tidak menjadikan kehilangan pesawat
MH370 sebagai alasan untuk mendapatkan satelit baru untuk meningkatkan
keupayaan pertahanan Malaysia.
Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Julian Tan (Stampin) berpendapat
kerajaan tidak harus bertindak membuta-tuli tanpa mengemukakan laporan
mengenai kegagalan satelit RazakSat-1 yang dilancarkan pada 2010.
"Kami menyokong usaha untuk mempertingkatkan keselamatan tetapi
RazakSat-1 juga masih tiada laporan tentangnya," kata MP berkenaan dalam
satu kenyataan bersama.
"Tanpa sebarang siasatan lanjut mengapa ada kelemahan dalam menangani
krisis MH370, maka segala aktiviti membeli aset pertahanan dan peralatan
satelit ini adalah membuta tuli, tidak berasas dan hanya membazir wang
rakyat semata-mata," tegas mereka.
MP berkenaan merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa
Negara (ANGKASA) Dr Noordin Ahmad berhubung rancangan untuk melancarkan
satelit baru, RazakSat-2 pada tahun 2016.
Kenyataan Noordin, yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini
menyebut, satelit baru itu "dilihat dapat membantu negara merakam imej
khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga
digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan
bencana".
MP berkenaan juga merujuk kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa masanya sudah tiba untuk meningkatkan kekuatan aset ketenteraan selepas mengenalpasi kelemahan dalam menghadapi krisis MH370.
Sim pada September tahun lalu turut mempersoakan pendedahan kerajaan
bahawa kos RazakSat-2 bertambah kepada RM271.9 juta, daripada kos asal
RM200 juta ketika diumumkan pada 2011.
No comments:
Post a Comment