OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Rakyat Malaysia masih bersikap skeptikal
terhadap usaha Putrajaya membasmi rasuah dan amalan integriti meskipun
pelbagai program dilaksanakan, kata pakar analisis dalam satu forum hari
ini.
Ketua Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs
(Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, kebanyakan rakyat percaya rasuah
dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun usaha dan
inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi membanteras perkara itu.
"Rasuah masih lagi menjadi isu. Jadi, meskipun pelbagai inisiatif kerajaan, rakyat masih berasa negara ini korup.
"Terdapat skeptisme betapa serius kerajaan menangani perkara ini,"
katanya dalam forum integriti di Institut Integriti Malaysia di Kuala
Lumpur.
Beliau berkata, kedudukan tinggi skeptisme terhadap usaha kerajaan
disebabkan tiada usaha sebenar membanteras rasuah antara kerajaan dan
agensi di bawahnya.
"Ia umpama apabila kerajaan bercakap soal pembentukan Pergerakan
Kesederhanaan Global (GMM), yang merupakan inisiatif terbaik untuk
mencapai tahap kesederhanaan," kata Wan Saiful merujuk kepada badan
pemikir yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada
2010.
"Namun rakyat mempersendakan GMM. Mereka kata kenapa promosikan
kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan tidak mengambil tindakan
terhadap ekstremis di dalam negara?"
Rakyat Malaysia tambahnya, letih dengan ahli politik kedua-dua pihak yang menuntut ketelusan sedangkan mereka sendiri korup.
Panel lain dalam forum itu termasuklah Pengerusi Media Prima Datuk
Johan Jaafar dan Duta Denmark ke Malaysia Nicolai Ruge, berkata budaya
politik inklusif merupakan alasan Denmark menjadi antara negara
mempunyai kadar rasuah terendah.
Denmark berkongsi dengan New Zealand menduduki tempat pertama sebagai
negara terendah dalam ranking dunia terlibat rasuah dalam Indeks
Persepsi Rasuah oleh Transparency International, dengan 91 daripada 100
mata.
Malaysia berada di kedudukan 53 dengan 50 mata daripada 177 buah negara terlibat.
"Itu juga kerajaan pemisahan kuasa yang kuat (penghakiman dan
eksekutif) termasuk budaya tidak berpolitik pentadbiran awam," katanya.
Dalam ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata,
rakyat menuntut akauntabiliti yang lebih besar dan ketelusan daripada
kerajaan termasuk meningkatkan kesedaran rasuah.
"Rakyat bersedia turun ke jalanan menyuarakan kemarahan mereka terhadap
rejim yang gagal. Kita pernah menyaksikan Arab Spring, di Greece dan
kini di Ukrain," kata bekas Presiden TI-M itu
No comments:
Post a Comment