MALAYSIAKINI
Jawatankuasa
Pemilihan Pusat (JPP) akan menyiasat langsung dakwaan
penipuan undi yang didakwa melibatkan calon timbalan presiden PKR.
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata beliau akan terus ke Batang
Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan
akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.
"Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan
akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.
“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat,"
kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Ahli PKR Badrul Hisham Shaharin mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan
undi di Batang Sadong, Sarawak semalam melibatkan kumpulan penyokong
Azmin Ali.
Beliau menyebarkan gambar di laman media sosial menunjukkan beberapa
lelaki sedang bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu.
Johari mengaku menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu.
"Bukan saja Chegubard (Badrul) ramai lagi buat aduan," kata beliau.
No comments:
Post a Comment