SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti
politik akan menganjurkan demonstrasi bagi membantah pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST), 1 Mei ini.
Penganjurnya yang dikenali sebagai Jawatankuasa 1 Mei mensasarkan demo
besar-besaran di Kuala Lumpur sebagai referendum rakyat bagi mendesak
kerajaan membatalkan pelaksanaan cukai berkenaan.
Menurut jurucakapnya, Dr Hatta Ramli, perhimpunan tersebut dijangka
disertai ramai sama seperti perhimpunan menuntut pemansuhan Akta Dalam
Negeri (ISA), beberapa tahun lalu.
"Macam dulu (berhubung isu) ISA pun, lepas kita turun ke jalan, selepas 50 tahun baru (kerajaan) mansuhkan,”
"ISA tidak mempengaruhi semua orang, hanya orang tertentu sahaja. Tapi
GST beri kesan kepada semua orang,”katanya dalam sidang media bersama
anggota jawatankuasa tersebut di Kuala Lumpur hari ini.
NGO lain yang menganggotai jawatankuasa itu termasuk Solidariti Anak
Muda Malaysia, Gabungan Mansuh ISA, Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan
Adil dan Gerakan Turun Kos Sara Hidup.
No comments:
Post a Comment