Tiga maut termasuk sepasang suami isteri
manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki
terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan
Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi.
Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah
Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.
Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa,
35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani
Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.
Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd
Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai
Mamalutfee.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa
yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala
yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.
Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.
"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang
membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur
menghala Kota Baharu.
"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain
menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya
kepada Bernama.- Bernama
No comments:
Post a Comment