MALAYSIAKINI
Seorang daripada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang dikecam pelbagai NGO, termasuk ketua pembangkang kerana mencadangkan Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 di Selangor dipinda, tetap mempertahankan pendiriannya.
ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin (kiri) berkata, perkara itu pandangan peribadi mereka, ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM).
“Ia pandangan peribadi kami dengan harapan menyelesaikan perkara ini supaya undang-undang selaras, dan ia bukan pandangan Pakatan Rakyat.
“Kami tidak berunding dengan pemimpin lain Pakatan sebelum mengeluarkan kenyataan,” katanya kepada Malaysiakini.
“Saya pertahankan kenyataan dan pendirian kerana kami bekerja sebagai satu pasukan, tetapi tetap menghormati pandangan yang menentang cadangan sebegitu.”
Pada Jumaat, Yeo bersama ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan enakmen itu dipinda supaya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment