BINTULU: PAS Bintulu menggesa kerajaan Sarawak agar mempermudahkan urusan membuat laporan kerugian mangsa terlibat banjir di kawasan itu.
Yang Dipertua PAS Bintulu, Mohd Azwani Abdul Rani berkata, prosedur sedia ada kini bukan sahaja menyusahkan malah menambah beban derita mangsa yang terlibat.
Mengikut prosedur sedia ada, setiap keluarga perlu membuat laporan polis dan mengisi borang khas Jabatan Pertanian.
Sebelum membuat laporan polis itu pula, keluarga terlibat dengan bantuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menyenaraikan harta benda yang rosak.
"PAS Bintulu menggesa urusan laporan ini haruslah dipermudahkan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara seharusnya mempunyai maklumat dan akses lengkap untuk memastikan kebenaran maklumat mangsa Banjir.
"Dengan membuka Pusat Pemindahan seperti di Dewan Suarah Bintulu dan Surau Kampung Kamunting, proses pendaftaran mangsa serta pentaksiran harta yang rosak lebih mudah dilaksanakan.
"Tindakan menambahkan beban kepada mangsa dengan prosedur sebegini bukanlah penyelesaian terbaik," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mendesak Kerajaan Negeri dan Kerajaan pusat menyalurkan bantuan segera kepada mangsa.
Beliau berkata, kerajaan khususnya pusat, tidak wajar bersikap 'double standard' dalam menghulurkan bantuan hanya kerana mereka warga Sarawak.
"Sekiranya mangsa banjir di Semenanjung, yang majoriti mengalaminya pada gelombang pertama, mendapat bantuan dari PM sendiri, maka rakyat Sarawak juga parlu mendapat bantuan sewajarnya.
"Janganlah kerana rakyat Sarawak dianggap Fixed Deposit BN, maka tiada pembelaan sewajarnya diberikan," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Shahidan Kasin;selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana yang hadir melawat mangsa, namun sokongan dan bantuan penuh Kabinet adalah keutamaan disaat saat getir ini.
Menurutnya, kerajaan negeri sendiri telah membantu kerajaan pusat dengan sumbangan RM 1Juta, dan di saat rakyat Sarawak memerlukan, maka sumbangan itu harap dapat diterjemahkan.
No comments:
Post a Comment