Us Tuan Ibrahim - Bela Mat Sabu |
Kedua-dua mereka senada iaitu pendedahan Zahid Hamidi adalah 'lawak
jenaka' terhebat selepas PRU 13. Aku kagum dengan Us Tuan Ibrahim
adalah kerana walaupun beliau pernah tewas di tangan Mat Sabu bagi
merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dua tahun yang lalu, namun
sediukit pun tiada perasaan dendam atau permusuhan terhadap Timbalan
Presiden PAS tersebut. Baru-baru ini, di dalam Muktamar PAS, Us Tuan
Ibrahim adalah mewakili golongan Ulamak yang bertanding merebut tiga
Kerusi Naib Presiden, Alhamdulillah, beliau salah seorang terpilih.
Tn Hj Mat Sabu - Bakal ketuai himpunan besar-besaran, itu yang menakutkan Umno? |
YB Mahfuz Omar - Tewas Naib Presiden, kini Ketua Penerangan yang semakin lantang |
Mungkin atas sikap beliau itulah ramai sekarang ini merasakan Us Tuan
Ibrahim boleh bersedia dari sekarang untuk memegang jawatan Presiden PAS
apabila sampai waktunya nanti. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai
golongan Ulamak tetapi juga seorang akademik dan juga aktivis. Itulah
kehebatan Us Tuan Ibrahim yang melayakkan beliau berada di jawatan
Presiden suatu masa nanti. Sekarang ini, jawatan Presiden disandang
oleh Ulamak iaitu Tuan Guru Hj Hadi Awang. Timbalannya pula seorang
aktivis hebat iaitu Tuan Hj Mat Sabu, musuh ketat Umno yang paling
digeruni. Naib Presiden PAS pula, diwakili oleh Aktivis, profesional
dan Ulamak. Ini lah hebatnya PAS yang buat Umno gigit kuku dan sentiasa
memikirkan bagaimana untuk burukkan nama Parti Islam, PAS ini.
Apa yang Umno tidak tuduh PAS? Sesat? Wahabi? Muktazilah? Dan
sekarang pula Syiah. Sekular Umno sahaja yang mereka rasa tepat dan
sejajar dengan Ahli Sunnah Waljamaah. Aku tak tahu dari sudut dan aspek
mana Ahli Sunnah Waljamaah boleh memilih pemimpin yang jahil agama
sehingga tidak tahu apa itu Najis Mughallazah dan pemimpin yang tidak
berani menyuruh isterinya menutup aurat. Sesat-sesat Syiah pun dari
segi pakaian mereka dan isteri mereka jauh lebih baik dari isteri
pemimpin Umno.
Isu Syiah akan terhenti setakat pendedahan itu saja, percayalah. PAS
pula jangan biarkan Mat Sabu keseorangan mendepani fitnah jijik Umno
ini. Waktu ini lah Dewan Ulamak atau golongan Ulamak tampil nyatakan
pendirian tentang isu ini. Jangan perlu ada sikap dendam mendendam,
lebih buruk lagi jika terbabit sekali bersama Umno untuk burukkan Mat
Sabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan