ASPAN ALIAS
Ramai masih tidak berpuas hati
dengan jawapan dan pencerahan Abdul Wahid Omar, orang baru dalam kabinet Malaysia
berhubung dengan isu tol sekarang ini. Saya amat terkejut dengan jawapannya dan
telah saya sentuh dalam posting yang lepas. Saya ingin menambah sedikit lagi
tentang jawapan seorang tokoh perbankan yang terkenal yang sekarang di masukkan
ke dalam Jemaah Menteri Malaysia.
Tentulah seorang tokoh perbankan
itu di masukkan ke dalam Jemaah Menteri itu bersebab, iaitu untuk menambah
nilai dan kekuatan kepada Jemaah Menteri kita itu untuk kepentingan rakyat.
Walaupun ramai telah mengalu-ngalukan beliau menyertai kabinet dengan harapan
menggunung, tetapi saya tidak berasa begitu sejak dari awal kemasukan beliau,
kerana UMNO itu adalah pelemah kepada pemikiran manusia. Sekarang Wahid sudah
menjadi mangsa UMNO yang terakhir sekali.
Bukan Wahid orang yang pertama
yang bergelar ahli korporat yang menyertai kabinet Malaysia tetapi sebelum ini ramai
telah dibawa masuk tetapi mereka tidak boleh mengubah UMNO itu, tetapi mereka
diubah dan dipengaruhi oleh ‘attribute’ jembel kabinet negara itu.
Isu tol ini perlu mendapat
tentangan dari rakyat kerana ia amat tidak adil dan kandungan perjanjian yang
tidak diketahui umum itu memeritkan rakyat tidak terkira. Pada 1hb Januari yang
akan datang ini (2014), 15 pemegang konsessi akan menaikan tol dari .50 sen
sehingga RM2 dan ini merupakan tindakan yang sangat tidak berperi kemanusiaan
terhadap rakyat yang sudah tersedia menderita sekarang ini.
Kerajaan mesti berunding untuk
mengkaji semula perjanjian yang dibuat dalam isu ini. Kita tidak mahu jawapan
seperti yang diberikan oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa
yang tidak tahu jika mengikut perjanjian konsessi itu kadar tol akan bertambah
mengikut waktu yang dipersetujui dan itu pun sebabnya rakyat marah. Ada yang memberi komen,
“This boy looks smart, but only until he opens his ass”.
Dalam hal tol ini kerajaan
nampaknya begitu bersimpati dengan semua pemegang konsessi dan menjadikan
kandungan dalam perjanjian konsessi sebagai halangan untuk kerajaan tidak dapat
berbuat apa-apa. Tetapi perjanjian Royalti minyak kerajaan Pusat tidak
teragak-agak menggunakan ototnya untuk tidak menghormatinya. Dalam isu Royalti
minyak keengganan kerajaan Pusat untuk menghormati perjanjian itu juga
mengorbankan rakyat. Justeru segala-gala perbalahan akan memaksa rakyat untuk
berkorban.
Buat masa sekarang ini semua
pemegang konsessi perlu memberitahu rakyat bila dan masanya tol akan dinaikkan
seperti terkandung dalam perjanjian itu. Rakyat perlu diberitahu kerana ia
membabitkan kehidupan rakyat yang kini sedang menghadapi masalah kehidupan dan
mereka jugalah yangt dijanjikan oleh kerajaan yang mereka akan menjadi rakyat
yang berpendapatan tinggi dan negara kita akan menjadi negara maju menjelang
tahun 2020 nanti.
Kenapa rakyat diperlakukan
sedemikian rupa oleh pemerintah? Kenapa pemerintah menjadi masalah kepada
rakyat dan kenapa pimpinan begitu bebal dan tidak memahami keadaan rakyat yang
semakin susah dengan kos perkkhidmatan dan barangan yang melambung tinggi?
Rakyat sedang menunggu dengan
perasaan gundah gulana. Mereka akan dicukai melalui percukaian GST sebanyak 6
peratus. Rakyat sedang bertanya menjelangnya April 2015 berapa harga dan
perkhidmatan semasa itu? Jika harga barangan dan perkhidmatan melambung naik
sebelum GST dilaksanakan, 6 peratus itu adalah berdasarkan kepada harga yang
sudah melambung itu.
Ssungguhnya kerajaan hari ini
mesti berhenti dan berundur. UMNO wajar mengundurkan barisan pimpinan hari ini
jika parti itu mahu kekal memerintah. Jika ia tidak dilakukan keseluruhan UMNO
dan komponennya akan diundurkan oleh rakyat. Mereka ingat saranan untuk mereka
berhenti dan bersara itu adalah saranan yang main-main. Najib, Muhyiddin dan semua pimpinan UMNO hari
ini sepatutnya mengangkat tangan menyerah diri kepada rakyat dan lakukan
tindakan yang disanjung rakyat, iaitu berundur dari jawatan dan tanggungjawab
sekarang.
Bukan tidak ramai dikalangan ahli
Kabinet Malaysia
yang bersama merasakan kelemahan UMNO pimpinan Najib ini, tetapi tidak siapa
berani bertanggungjawab dengan menzahirkan kepada Najib, ‘you have to go’.
Tetapi mereka semuanya takut kerana mereka takut kepada menghadapi kenyataan.
Mereka rela berdiam diri dan memerhatikan parti mereka dan kerajaan yang mereka
sertai itu menjadi hina dari masa ke semasa. Justeru mereka juga adalah
kumpulan yang tidak bertanggungjawab dan dosanya sama dengan si pelaku
kesalahan itu.
Ahli-ahli Kabinet mesti berani
untuk menegur apa yang tidak betul yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka.
Seruan ini bukan sahaja kepada ahli-ahli Jemaah Menteri tetapi juga kepada
ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat. Jika semua bertanggungjawab masakan
rakyat akan merasakan apa yang mereka rasakan ini kerana mereka mempunyai wakil
di dalam Dewan-Dewan Legislatif, tempat mereka bersuara mewakili perasaan
rakyat yang ramai.
Tetapi ahli-ahli Parlimen juga
tidak bertanggungjawab kerana mereka hanya pandai bersungut dibelakang tetapi
mereka tidak mempunyai cukup kekuatan untuk bertindak dan melakukan perubahan bagi
pihak rakyat. Mereka lebih menumpukan kepada apa untung rugi peribadi mereka
jika mereka bertindak lebih-lebih lagi bertindak menongkah arus.
Kita sekarang sedang menghadapi
masalah kos kehidupan yang tinggi dan tidak lama lagi terpaksa membayar tol
yang lebih tinggi kerana pembayaran tol yang tinggi itu sudah termaktub di
dalam perjanjian konsessi itu. Semua keperluan di kuasai oleh individu secara
monopoli. Gula, tepung, beras, air dan banyak lagi dimonopoli oleh segelintiran
manusia yang hanya boleh berjaya tanpa saingan. Mereka ini sahajalah yang
mendapat keuntungan besar dari keringat ahli-ahli parti selama ini. Mereka ini
lah yang melakukan manipulasi terhadap tokoh-tokoh legislatif dan pimpinan kerajaan sekarang ini.
Itulah sebabnya keresahan rakyat
tidak akan selesai selagi masih ada kumpulan ‘law-makers’ dan kerajaan yang
boleh dijual beli oleh beberapa ‘East India Companies’ UMNO sekarang ini.
Jika dahulu rakyat negara ini
dijajah oleh British dalam ekonomi melalui East India Company, sekarang ini
rakyat terjajah oleh syarikat-syarikat besar rakyat sendiri yang hampir dengan
kuasa.
Terjajah lagi kita semua. Bila
kita kan
merdeka tidak dapat kita ketahui. Rasa terjajah oleh kuasa asing tidak
seperit
dijajah oleh bangsa sendiri. Nak bercakap lantang pula, nanti ada pula
pemimpin yang halau kita dari negara ini jika tidak berpuas hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan