Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kelewatan sesuatu projek siap adalah perkara biasa, sekali gus menolak kritikan anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.
"Dalam 1,500 projek, mungkin hanya 10 yang mengalami kelewatan. Jadi itu bukan masalah besar. Kelewatan dan kecepatan sesuatu projek disiapkan ialah perkara biasa.
"Kita kena biarkan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk menjalankan tugas mereka kerana sebelum ini beberapa projek telah pun disegerakan pemberian CF (sijil menduduki).
"Namun ia memberi kesan negatif apabila pembeli berpindah masuk ke rumah mereka agak kecewa dengan hasil kerja (yang disegerakan itu)," jelasnya dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.
Khalid Samad (kanan) hari ini antaranya menegur, pentadbiran kerajaan negeri dan juga PBT sedia ada menimbulkan banyak kerenah birokrasi sehingga menimbulkan konflik dengan pemaju.
Katanya, kerajaan negeri dan PBT sepatutnya dapat mentadbir dengan bersih dan pada masa yang sama menjalin kerjasama yang baik dengan sektor swasta dan bukan "berlaga" antara satu sama lain.
Pemimpin PAS itu memberi contoh dua projek di Shah Alam, iaitu pembinaan jalan alternatif ke Padang Jawa dan pembinaan satu kompleks pameran perabot yang masih belum selesai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan