Di Semenanjung Malaysia ada 12 negeri bernaung di
bawah Persekutuan Tanah Melayu dan sebelas darinya mempunyai
kerajaan-kerajaan negeri masing-masing dengan legislatifnya sendiri.
Masing-masing negeri mempunyai identitinya sendiri dan boleh dilihat perbezaan
dari satu negeri dengan satu negeri yang lain dalam banyak bidang.
Diantara banyak negeri-negeri itu
ada sebuah negeri yang dinamakan Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri ini agak
lain dari yang lai kerana akhir-akhir ini tidak banyak lagi bangunan yang
selamat untuk di masuki dan di duduki. Ini di sebabkan acapkali kita mendengar
berita yang atap dan bumbung bangunan di negeri ini mudah runtuh dan ia amat
merbahayakan orang ramai.
Yang terakhir ialah kejadian
dalam mana bumbung Kolej Universiti Tati, di Teluk Balung runtuh walaupun ia
baru sahaja di gunakan selama 14 bulan. Selepas ini tidak tahu pula kita
bangunan mana pula yang akan runtuh. Kejadian bumbung runtuh ini sudah sinonim
dengan Negeri Terengganu dan tidak siapa yang tahu kenapa ia hanya banyak
berlaku di Negeri Terengganu.
Dalam tahun ini juga sudah tiga
kejadian bangunan runtuh dari keruntuhan bangunan masjid hingga ke Pusat Pengajian
Tinggi. Di Asia Utara ada sebuah negeri, iaitu Bangladesh yang sering menghadapi
bangunan runtuh yang melibatkan nyawa ratusan rakyat. Tetapi di negara itu
bangunan-bangunan yang runtuh itu adalah bangunan yang sudah beratus tahun
usianya. Tetapi di Terengganu usia Universiti Kolej itu hanya 14 bulan. Maka
bayangkanlah betapa teruknya tahap keselamatan rakyat di negeri itu hanya di
sebabkan ada permainan jahat dan rasuah yang tidak terbendung dalam negeri itu.
Jika bangunan yang hanya berusia
14 bulan boleh runtuh bumbungnya bagaimanalah agaknya tahap keselamatan di
bangunan yang berusia lebih lama dari itu? Ini sudah pasti berpunca datri
tindakan ‘cutting corners’ yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor binaan
yang ingin mendapatkan keuntungan lebih bagi menyediakan wang ‘kick-backs’ yang
perlu di bayar kepada yang berkuasa dengan projek itu.
Nampaknya rakyat terpaksa duduk
dan tinggal di padang-padang yang luas bagi mengelak dari menghadapi risiko di
hempap bumbung yang rapuh di negeri itu. Bangunan dan rumah kediaman adalah
pelindung kepada manusia dari di timpa hujan dan menghadapiribut dan taufan
serta tempat duduk bersenang-senangan denga kaum keluarga kesayangan kita. Jika
bangunan tempat kita hendak berlindung pun tidak selamat bagi manusiam di mana
lagi manusia hendak mendapatkan perlindungan?
Itulah sebabnya blog ini tidak
pernah jemu menyebut rasuah sebagai musuh umat no satu di dunia ini. Rasuah
boleh menjahanamkan negara dan temaddun manusia. Rasuah tidak akan mendorong
sesiapa termasuk pemimpin membuat keputusan dengan betul. Selalu di sebutkan
yang mereka yang rasuah itu adalah mereka yang memakan daging saudaranya
sendiri.
Rasuah akan merosakan
segala-galanya. Tidak ada tindakan rasuah yang boleh membantu membuat kebaikan
selain dari memberikan keuntungan kepada pemipin yang ‘evil’ yang serupa dengan
syaitan yang bersalutan muka dan tubuh manusia. Syaitan itu dikatan oleh agama
kita sebagai musuh yang nyata. Jika Perdana Menteri yang rasuah maka Perdana
Menteri itu adalah musuh kita. Jika isterinya menggunakan kuasa dan pengaruh
menjahanamkan negara kita maka isterinya itu adalah musuh semua.
Begitu juga rasuah itu dilakukan
oleh pegawai kerajaan dan perlaksana dasar maka mereka wajib di musuhi dan jika
Menteri Besar melakukan rasuah elok sahaja mereka di tolak dengan serta merta.
Rakyat perlu sedar betapa bahayanya mereka jika dipimpin oleh pelaku rasuah
tegar.
Rasuah ini merupakan satu
ketagihan yang sangat susah untuk di ubati. Jika penagih dadah di masukan
kedalam pusat serenti untuk di pulihkan boleh kah tuan-tuan beri tahu di
manakah kita perlu hantarkan mereka yang rasuah untuk dipulihkan? Saya tidak
mempunyai apa-apa ‘idea’ di mana mereka yang rasuah ini patut dihantar untuk
memulihkan mereka.
Kata orang tiada penyakit yang
tidak boleh di ubati. Tentunya penyakit ketagihan rasuah ini tentu ada jalan
untuk di ubati. Hanya saya belum jumpa jawapannya. Mungkin saudara-saudari yang
membaca tulisan ini boleh memberikan cadangan atau setidak-tidaknya jawapan
kepada persoalan saya tadi.
UMNO pun kata parti itu menolak
rasuah, tetapi kenapa rasuah berlaku dengan hebatnya di bawah tadbiran parti
itu?
Oh ya, mungkin Uztaz Kazim boleh
membersihakn UMNO ini dari rasuah, kerana orang yang beragama tidak berkompromi
dengan rasuah (he..he).
Kalau si jahil seperti saya dan mungkin
sebahagian dari anda yang tidak mempunyai latar belakang agama yang kuat,
masakan Uztaz Kazim tidak mampu membersihkan UMNO dari masalah ketagihan rasuah
dikalangan pimpinan negara kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan