Sabtu, 21 Disember 2013

Heng Seai Kie Ketua Wanita MCA Baharu



Datuk Heng Seai Kie meraikan kemenangan selepas dipilih sebagai Ketua Wanita MCA baharu pada Jumaat. Beliau menewaskan pencabarnya Tan Cheng Liang dengan majoriti 137 undi. Foto GLENN GUAN / THE STAR 

KUALA LUMPUR: Datuk Heng Seai Kie dipilih sebagai Ketua Wanita MCA baharu pada Jumaat selepas menewaskan pencabarnya Tan Cheng Liang dengan majoriti 137 undi.

Heng, 51, merupakan Ketua Wanita MCA Perak memperoleh 978 undi, manakala Tan, 54, dengan 841 undi.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri menyapu kesemua empat jawatan naib ketua, iaitu Wong You Fong (Johor), See Meng Geok (Terengganu), Ong Chong Swen (Selangor) dan Datuk Lim Bee Kau (Kedah).

Ketua Wanita MCA Negeri Sembilan, Datuk Lee Pit Chern memenangi tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita selepas penamaan calon ditutup pada 16 Disember lalu.

Tiada ulasan: