MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan semua aspek
serta ciri-ciri keselamatan dipatuhi sebelum Jambatan Pulau Pinang
Kedua (JPP2) dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemeriksaan keselamatan sedang giat dijalankan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terpelihara.
"Alhamdulillah, setakat ini pembangunan JPP2 sudah hampir siap. Insya-Allah kita menjangka jambatan ini akan beroperasi awal tahun depan," katanya dalam entri terbaharu di laman Facebook beliau.
Jambatan sepanjang 24 km termasuk 17 km di atas laut itu direka dengan mengutamakan kelestarian alam.
Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.
Sementara itu, dalam Tweet terbarunya, Najib berkata beliau bangga dengan prestasi memberangsangkan skuad hoki remaja dalam Piala Dunia Remaja walaupun kalah di peringkat separuh akhir.
Semalam, skuad hoki remaja negara tewas 1-3 kepada Perancis dalam penentuan pukulan penalti pada perlawanan separuh akhir Hoki Remaja Piala Dunia 2013 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand di New Delhi, India.-BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan