GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng menegaskan akan menyaman media berbahasa Inggeris seliaan UMNO,
News Straits Times (NST) kerana menyiarkan berita fitnah yang
mengaitkan kerajaan negeri itu dengan sekumpulan samseng.
“Laporan NST itu jelas menunjukkan perilaku dan sikap mereka yang tidak profesional, tidak beretika dan tidak bermoral.
“Saya sudah berunding dengan peguam dan oleh kerana laporan jelas merupakan satu fitnah, kami menggesa NST mengemukakan permohonan maaf secara terbuka setiap hari serta membayar ganti rugi.
“Bagaimana NST boleh menerbitkan sesuatu yang sudah diketahui palsu? Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sengaja menyebar pembohongan untuk mencemar reputasi kami,” katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.
Dalam laporan NST, jurucakap Warga Prihatin Masyarakat India, N Ganeson mendakwa sekumpulan samseng telah mengganggu mesyuarat mereka.
Menurut Ganeson, kumpulan samseng itu mengugut mencedera dan menghalang petisyen mengenai isu tempat pembakaran mayat di Batu Lanchang daripada dihantar kepada kerajaan negeri.
Menyelar kenyataan fitnah itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan kerajaan negeri tidak pernah menggunakan samseng dalam apa jua perkara.
“Kami tidak pernah dan tidak akan menggunakan samseng dalam apa saja perkara yang berbangkit.
“Kami meraikan kebebasan media tetapi kebebasan media NST adalah kebebasan untuk menyebar pembohongan. Ini tidak berlaku di negara barat, hanya di Malaysia media yang menyiarkan fitnah boleh hidup,” ujarnya. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan