"Saya
orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda
ini bukan benda perlu melatah apa-apa. - Foto Sinar Harian oleh AZMI
ARYANTO
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".
Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.
"Saya orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.
"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.
Awal bulan ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menyatakan pembabitan pemimpin nombor dua Pas itu dengan fahaman Syiah.
Beliau kemudian menggesa pihak bertanggungjawab mengendalikan kes itu
Susulan itu, Ahmad Zahid menerusi kementeriannya mengemukakan 10 bukti bagi mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah dan menggesa pemimpin Pas itu membuktikan dirinya tidak terlibat dengan fahaman itu.
Selain 10 bukti yang didedah kepada awam, KDN berkata, beberapa bukti yang dikategorikan gred A akan diserahkan kepada Jakim bagi tindakan selanjutnya.
Namun Mat Sabu dilihat mengambil pendekatan relaks dan baru semalam secara rasminya menyatakan pendirian berhubung tuduhan penganut Syiah yang dilemparkan ke atasnya.
Beliau mengumumkan bakal memfailkan saman ke atas Ahmad Zahid kerana mendakwa menteri itu sebagai pencetus yang mengaitkan beliau dengan isu Syiah.
Dalam pada itu, Mat Sabu yang baru semalam diumumkan sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baru berkata, selepas ini beliau tidak akan lagi bercakap kepada umum isu berkaitan Syiah.
"Saya memang tak akan cakap isu ini lagi, saya akan cakap isu biasa saja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan