GEORGE TOWN: DAP akan menyerahkan maklumat
tambahan yang diminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kongres khas
dan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September
lalu.
“Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang
jika ROS bertegas dengan larangan menyekat CEC baru DAP daripada membuat
keputusan,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Dilaporkan parti itu menerima surat daripada ROS bertarikh 6
Disember lalu yang menyatakan parti berkenaan menghantar laporan tidak
lengkap mengenai kongres khas dan pemilihan semulanya, 29 September
lalu.
ROS juga menasihati CEC agar tidak melaksanakan sebarang keputusan sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.
Semalam, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, permintaan ROS itu tidak pernah terjadi dalam sejarah sejak penubuhan DAP.
“Walaupun DAP bersedia memberi kerjasama bagi memenuhi permintaan ROS itu, parti itu juga tidak akan teragak-agak untuk mengheret ROS ke mahkamah bagi membantah tindakan yang bermotifkan politik dan tidak masuk akal.- Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan