KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 66, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu 22 November ini sekaligus mempertahankan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 2002.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, walaupun
jawatan nombor satu parti itu menerima dua pencalonan sebelum ini, namun
salah satu daripada pencalonan tersebut terpaksa ditolak kerana tidak
menepati syarat.
"Manakala Abdul Hadi Awang menerima pencalonan tersebut sekali gus
beliau menang tanpa bertanding," katanya kepada pemberita di Pejabat
Agung Pas, di sini, hari ini.
Tambah Asmuni, pemilihan kali ini mensyaratkan mereka yang dicalonkan
perlu memaklumkan jawatankuasa pemilihan tentang penerimaan pencalonan
tersebut sebelum jam 5 petang semalam.
Manakala bagi tarikh tutup penyerahan borang pencalonan pula berakhir
pada jam 12 tengah malam, 20 Oktober lalu bagi memilih pemimpin
tertinggi Pas untuk sesi 2013-2015 yang dijadualkan berlangsung pada 22
hingga 24 November ini di beberapa lokasi di Selangor.
No comments:
Post a Comment