MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk
mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun
depan.
Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Februari 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Februari, 2014.
Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.
"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment