KL TODAY
Pakatan
Rakyat bakal mentadbir Sabah selepas pilihanraya akan datang apabila
gagasan itu memenangi kira-kira 35 kerusi dewan undagan negeri.Negeri di
bawah bayu itu juga bakal menyumbang 15 buah kerusi parlimen kepada PR
bagi menguatkan lagi peluang gagasan itu mencapai 112 kerusi parlimen
untuk berjaya mentadbir Putrajaya.Ramalan tersebut dibuat oleh Ahli
Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang berkata beliau
bersandarkan kajian sentimen politik penduduk Sabah dan pertumbuhan
cawangan dan cabang parti PR di Sabah.
Beliau
berkata gelombang perubahan sokongan daripada Umno-BN kepada PR paling
kuat berlaku di kalangan komuniti Cina Sabah, di mana dianggarkan
lapan daripada 10 kerusi majoriti Cina akan dimenangi PR.
Manakala
15 daripada 20 kerusi majoriti komuniti Kadazan Dusun-Murut turut akan
dimenangi oleh PR, kata Lajim, yang merupakan bekas Timbalan Menteri
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Di antara kerusi bumiputera Islam pula, Lajim berkata 13 hingga 15 bakal dimenangi PR.
“Apabila kita tubuhkan bahagian atau cabang PKR dan Pas kita buat kajian dan juga pilihanraya percubaan dan ia amat memberangsangkan.
“Apabila kita tubuhkan bahagian atau cabang PKR dan Pas kita buat kajian dan juga pilihanraya percubaan dan ia amat memberangsangkan.
“Kita nampak kita boleh menang 35 kerusi dan mungkin akan sampai 40 kerusi.
“Rakyat Sabah sudah biasa bertukar kerajaan negeri.
“Dalam
sejarah kerajaan negeri sudah ditukar sebanyak tiga kali. Pengalaman
tukar kerajaan sudah ada,” katanya di dalam sidang media selepas majlis
ramah mesra warga Sabah di Selangor bersama Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Kuasa mentadbir Sabah sebelum ini pernah bertukar tangan pada April 1985 daripada BN ke Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kemudiannya
ia bertukar balik kepada BN pada tahun 1986. Pada pilihanraya 1990
pula, PBS berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan.
Akan tetapi pada pilhanraya Mac 1994, Sabah jatuh kembali ke tangan BN.
“Apa yang
dilakukan BN hari adalah merugikan rakyat sabah yang tidak dapat
jaminan keselamatan, pembangunan, kemajuan dan begitu ketinggalan
berbanding rakyat semanjung,” Lajim berkata.
No comments:
Post a Comment