Oleh Aisha Geoffrey
PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyampaikan amanat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
meminta agar semua umat Islam melakukan solat hajat di seluruh negara
Jumaat ini.
“Arahan
Tuan Guru Nik Aziz meminta umat Islam bermunajat, solat hajat khas dan
berdoa pada malam 3 Mei nanti,” kata Anwar memaklumkan amanat itu pada
sidang media hari ini.
Menurut Anwar, solat hajat itu bersempena hari mengundi yang semakin hampir iaitu pada Ahad ini, 5 Mei.
“Tuan Guru menggalakkan solat hajat itu dilakukan pada waktu Maghrib.
Beliau turut menggalakkan semua rakyat dari agama lain supaya melakukan
upacara doa mereka,” katanya.
“InsyaAllah, jika melihat sambutan rakyat, termasuk di Sabah dan
Sarawak semalam, kita ada keyakinan, (tetapi) kita juga perlu berdoa,”
kata Anwar merujuk kunjungannya di kedua-dua negeri itu.
No comments:
Post a Comment