Sunday, April 28, 2013

Media Thailand siar hasil kajian Anwar lebih popular dari Najib

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Berbeza dengan media perdana di Malaysia, laporan berita di Thailand lebih telus apabila menyiarkan hasil kajian berkaitan populariti antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Seperti yang dilapor Keadilan Daily sebelum ini, kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan 43 peratus memilih Anwar sebagai Perdana Menteri (PM) berbanding Najib yang hanya memperoleh 39 peratus.

SIAM

Berdasarkan kajian tersebut, berita Thailand menyiarkannya dengan tujuan untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung termasuk Kedah, Kelantan dan Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka juga mendapat siaran TV Siam.

Di Malaysia, bagaimanapun kajian itu hanya dilapor media alternatif dan portal berita.

“Ironinya, di luar negara, hasil-hasil kajian seperti ini akan menjadi berita utama terutama menjelang pilihan raya,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mengulas perkara itu.

Menurut calon Dewan Undangan Negeri Seri Setia itu, di Malaysia, terdapat banyak pusat kaji selidik, tetapi apabila hasil kajian tidak menyebelahi Najib, media perdana turut dilarang menyiarkannya.

“Kita ada Merdeka Centre dan sebagainya, tetapi hanya apabila kajian menyebelahi Najib dan pimpinan BN, barulah media perdana laporkan. Jika berlaku sebaliknya, jangan haraplah liputan berpihak kepada kita, dan ini menjadi kebiasaan di Malaysia,” kata Nik Nazmi.

“Bagaimanapun, kita yakin kajian itu petanda kemenangan Pakatan Rakyat pada 5 Mei nanti.

“Keyakinan ini bukan sahaja berdasarkan peratusan itu, tetapi melalui kempen dan respon yang kita terima semasa bertemu pengundi,” jelasnya.

No comments: