Tuesday, April 30, 2013

Analisa Dr Bridget Welsh : Najib Belanja RM 57.7 Bilion @ RM4,364 Untuk Setiap Pengundi Sehingga Pilihanraya ke 13. Adakah Ini Pelaburan Berbaloi?

Staff Berita Semasa 
 
I Help You Help Me

Antara kita pasti tertanya-tanya, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh “caretaker governemnt” kita sekarang, dalam usaha meraih undi dari rakyat, serta, dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan?

Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara, Dr. Bridgett Welsh membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13.

Terus terang kami ingin mengatakan, pada mulanya kami mengalami sedikit masalah utuk memahami lenggok bahasa yang dilontarkan melalui pandangan yang cukup kritis melalui blognya yang penuh dengan kiasan dan penggunaan kata-kata sastera bahasa Inggeris.

Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, hasil kajian dan perangkaan tersebut datangnya daripada analisa beliau berdasarkan 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak (ANTARANYA DI SINI & DI SINI)
Setelah kami meneliti satu persatu laporan dan ulasan di blognya, baru kami sedar Dr Bridget Welsh seringkali memerhatikan secara dekat serta melontarkan pendapat & kajiannya berkenaan keadaan politik di Malaysia.
IKLAN BN 

Berdasarkan pemerhatian & kajian Dr Bridget Welsh, mantan Perdana Menteri telah pun menggunakan sistem dan strategi ini sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009. Mohd Najib tahu, peluangnya untuk memenangi pilihanraya kali ini, adalah sukar dan tidak boleh tidak, beliau perlu memastikan Barisan Nasional (BN) menang dan membentuk kerajaan.

Hasil kajian dari 3 pembentangan bajet dari tahun 2010-2013 serta laporan dari 4000 artikel akhbar sejak April 2009, secara konservatif anggaran perbelanjaan pentadbiran Mohd Najib untuk pelaksaan porgram dan bantuan berbaur politik adalah RM 57.7 bilion. Inilah antara pandangan yang dilontarkan sendiri oleh Dr Bridget Welsh.

Ada dua komponen terbesar dalam perbelanjaan tersebut yang dibahagikan kepada :
  • Pembangunan sasaran berjanji : RM 46.7 bilion
  • Program 1 Malaysia : RM 11 bilion
Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi kelak.
Perbelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri.
Program yang didapati lebih melibatkan faktor politik adalah Program 1 Malaysia. Anggaran yang diberikan, perlu dibuat analisa dengan lebih berhati-hati. Kebanyakan skim dan bantuan dalam program ini adalah sebenar-benarnya berniat untuk meringankan beban kepada rakyat yang tidak berkemampuan.
  • Tetapi, apa yang membezakan program ini dari bersifat ‘populis” atau “berkebajikan” adalah ia merupakan strategi yang telah dirancang dari awal, yang bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihanraya.
  • Sesuai dengan kapasitinya sebagai seorang Profesor Madya dalam Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura (SMU)
Gambar BR1M 2.0 

Bantuan-bantuan dalam program 1 Malaysia ini lebih dilihat sebagai strategi jangka pendek, untuk cuba meraih undi rakyat dalam PRU13. Atau lebih dikenali umum sebagai “gula-gula pilihanraya”

Harus diingat. Penjenamaan 1 Malaysia yang diterapkan Mohd Najib ini, melibatkan penggunaan wang cukai rakyat yang besar. Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Mohd Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini.

Setakat ini, ini adalah kos kempen pilihan raya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan.

Corak perbelanjaan yang diterapkan oleh Mohd Najib adalah berbentuk kepada golongan atau kelompok sasaran tertentu.
  • Cari pengundi yang berpotensi untuk mengundi BN, kaji apa masalah mereka, dan berikan jawapan kepada masalah tersebut.
  • Setiap permintaan dari golongan atau kelompok tertentu disuarakan, Najib akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.
Modus operandi seperti ini, lebih kurang sama seperti pemilihan UMNO. Bezanya, perbelanjaan bagi meraih undi ini diskalakan kepada yang lebih besar, dengan menggunakan wang cukai rakyat untuk mencapai objektif dan matlamat sebenar untuk mengekalkan pemerintahan.

Rumusannya dalam strategi kempen BN berdasarkan kajian Dr Bridget Welsh, pemimpin Barisan Nasional percaya rakyat Malaysia dibeli, dan mereka yakin bahawa kebanyakan rakyat bermotivasikan duit. Ianya merupakan obsesi hasil tinggalan era pentadbiran Mahathir Mohamad, dimana harga nilai diri dan maruah seseorang itu, dinilai melalui berapa banyak kekayaan yang dimiliki.
Politik wang sudah menjadi nanah sehingga ke akar umbi dalam UMNO. Kebanyakan ahli politik UMNO sudah tidak mempedulikan kepentingan moral dan prinsipial asas seorang yang berkhdimat untuk rakyat. Adakah mereka tidak nampak perkara-perkara lain yang menjadi keperluan rakyat, bukan hanya dari segi wang semata-mata?
Kebanyakan mereka tersilap dalam menterjemahkan keperluan rakyat bukan sekadar berpaksikan duit. Bukanlah kami kata duit tidak penting. Tetapi, ia sebenarnya lebih dari itu.

You Love Me Vote For BN

Mereka sebenarnya perlu membuka mata seluasnya dengan setiap permasalahan yang ada sekarang, seperti orang muda kesukaran membeli rumah akibat harga yang tinggi, yang berpencen pula risau samada duit gaji pencen mereka dapat menampung kehidupan dalam era kos barang yang semakin meningkat dan kerisauan samada cucu-cucu mereka mendapat peluang yang sama yang telah mereka dapati suatu masa dulu.

Ya, rakyat Malaysia berhak risau. Pemberian wang tunai adalah lebih disifatkan sebagai kelegaan sementara sahaja. Apa yang diinginkan rakyat Malaysia sebenarnya adalah pengurangan kos sara hidup yang semakin tinggi, yang melibatkan pelbagai aspek yang saling berhubung kait di antara satu sama lain.

Kalau dibandingkan janji-janji Manifesto BN dan Manifesto PakatanRakyat (DI SINI), kami lihat segala janji di dalam Manifesto BN berbentuk asas. Berbanding Pakatan yang lebih telus menerangkan setiap manifesto mereka secara terperinci. Kami masih tidak nampak satu usaha dalam manifesto BN, untuk cuba mengubah bagi meningkat kualiti hidup rakyat malaysia serta cara meningkatkan pendapatan individu.
Kebanyakannya hanya bentuk pemberian demi pemberian, yang pada kami kami, hanya bersifat jangka pendek dalam meraih sokongan pada PRU nanti.

Dimana perhatian kerajaan terhadap keperluan lain rakyat Malaysia? Dimana kerajaan melabur untuk pelaburan jangka panjang bagi memastikan keejahteraan dan kualiti hidup rakyat akan bertambah baik? Yang ada,
“I help you, You Help Me”
LIHAT VIDEO DI SINI

Perbelanjaan bagi “menjual” slogan 1 Malaysia ini,  adalah lebih RM 100 juta, termasuk di serata laman web, papan tanda, media arus perdana dan sebagainya. Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM40.7 juta (DI SINI) untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan. Selain kos bernilai sekitar 72.7 juta untuk angka terbaru yang diperoleh daripada NIELSAN Malaysia (DI SINI)

Kempen BN 

Cara pemasaran BN untuk kempen pilihanraya ini sangat jelas. Tujuannya hanya satu, untuk menang pilihanraya. Tetapi Datuk Najib harus sedar dan tahu, walaupun duit adalah penting, tidak semua rakyat akan terpengaruh dengan taktik sedemikian dalam lanskap politik hari ini. Kempen pilihanraya yang berjaya, adalah kempen yang melihat kepetingan rakyat secara keseluruhannya.

Bukan melihat rakyat sebagai konsumer materialis. Rakyat tidak mahukan sesuatu yang bersifat sementara. Rakyat mahukan kerajaan yang lebih memberi perhatian terhadap kos sara hidup yang tinggi yang sangat membebankan secara menyeluruh. Dan rakyat mahu tahu apakah cara kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka.

Adakah tindakan kempen dan pemasaran BN dalam pilihanraya kali ini memberikan kesan kepada anda? Bincangkan secara bersama di sini……

No comments: