KELAB GREENBOC
Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul ‘Berani’ yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet.
Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
Antara bait liriknya berbunyi ‘Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..,”
Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan.
Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul ‘Menuju Putrajaya dan ‘reformasi’, manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar.
Bidas kenyataan Norman
Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan.
Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim.
Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas.
Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa ‘rezeki datang dari Allah’.
Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya.
Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks.
Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan ‘sanggup disambar petir’ jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar.
Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN.
Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat.
LIHAT VIDEO DI SINI
No comments:
Post a Comment