Oleh Nazar Hashim
ALOR SETAR : Pakatan Rakyat tetap akan mempertahan dan
mendaulatkan Bahasa Kebangsaan jika berjaya menerajui pemerintahan
negara, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, kedudukan sekolah jenis kebangsaan serta sekolah agama juga akan diberi perhatian sama rata.
“(Tak
kira) sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan serta sekolah agama
tetap akan mendapat peruntukan modal di bawah pemerintahan Pakatan
Rakyat,” kata Anwar pada pertemuan bersama lebih 3,000 masyarakat
Tionghua di Dewan Soo Heng, Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah, semalam.
Beliau turut membidas tol yang dikenakan ke atas rakyat walaupun
sebahagian besar darinya mendapat pulangan melebihi modal sebenar.
“Kutipan tol telah pun mencapai pulangan dua kali ganda dan melebihi modal yang dikeluarkan.
“Apakah kita mahu biarkan kerajaan mengutip tol sejak dulu, kini dan
selamanya sepertimana menjadi pegangan Umno?,” katanya disambut tepukan
gemuruh hadirin yang melimpah ke luar dewan.
Tambah Anwar, inilah membezakan pemerintahan BN yang konsisten
memeras wang, sebaliknya Pakatan membantu meringankan beban rakyat.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Nasir
Mustafa; Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik dan pimpinan Pakatan Negeri. –
NS
No comments:
Post a Comment