Jurugambar
akhbar The Star, P Puspanathan berkata, polis memaksa beliau memadam
gambar anggota itu sedang memukul orang ramai pada perhimpunan Bersih
3.0, 28 April lalu.Menurutnya, ketika bertugas di Masjid Jamek petang
itu, beliau melihat polis berpakaian uniform memukul orang awam yang
memakai baju kuning Bersih.
“Ketika sedang merakam tindakan ganas itu,
polis mengepung dan mengarahkan supaya memadam semua gambar yang
diambil.
“Saya
beritahu, saya petugas media dan menunjukkan kad media kepada polis
berkenaan, tetapi mereka tidak mempedulikannya. Malah polis itu juga
mahu merampas kamera saya,” katanya.
Puspanathan berkata, beliau berkeras tidak mahu menyerahkan kameranya dan terpaksa memadamkan gambar kekejaman polis.
“Saya
terlalu takut bila dikelilingi polis. Pada ketika itu, mereka sedang
memukul orang ramai dan mungkin mereka juga akan memukul saya,” jelas
beliau.
Puspanathan tampil sebagai saksi ke-20 pada sidang ke-9 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), semalam.
Ketika
ditanya adakah mengambil gambar ketika sesuatu acara berlangsung
merupakan jenayah, beliau berkata, sepanjang 10 tahun menjadi
jurugambar, beliau tidak pernah merasakan tindakannya itu salah.
“Saya
banyak kali membuat liputan perhimpunan termasuk Bersih 3.0. Tetapi
saya tak pernah berhadapan situasi seperti ini,” katanya.
Beliau percaya tindakan polis itu bertujuan memadamkan bukti keganasan terhadap orang awam.
Beliau percaya tindakan polis itu bertujuan memadamkan bukti keganasan terhadap orang awam.
Panel
juga diberitahu, polis melepaskan gas pemedih mata ketika orang ramai
di sekitar Masjid Jamek mahu meninggalkan perhimpunan Bersih 3.0, 28
April lalu.
Saksi ke
21, Hee Jen Wei, 25, berkata, keadaan di kawasan tersebut bertukar
kelam kabut sebaik gas pemedih mata dilepaskan sekitar jam 3.00 petang.
“Orang ramai mulai panik. Mereka lari bertempiaran hingga menyebabkan kawasan itu sesak,” kata anak kelahiran Kuantan itu lagi.
Menurut Jen Wei, selepas menyaksikan keadaan tidak terkawal, beliau memutuskan untuk pulang ke hotel di sekitar Masjid Jamek.
Jen Wei berkata, beliau dan seorang rakan telah pergi ke kafeteria hotel berkenaan untuk berehat dan minum petang.
“Tiga puluh minit kemudian, sekumpulan polis menyerbu kafeteria itu dan menjerit ‘You ikut saya’. Saya tanya apa kesalahan saya.
“Tiga puluh minit kemudian, sekumpulan polis menyerbu kafeteria itu dan menjerit ‘You ikut saya’. Saya tanya apa kesalahan saya.
“Polis
tersebut menjerit lagi ‘You ikut saya! Pada ketika itu, kami memakai
baju T Bersih 3.0. Mereka tidak menjawab soalan saya sebaliknya
bertindak kasar,” katanya pada sidang ke-9 semalam.
Sidang itu
dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu
Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta
Samen.
Turut dipanggil sebagai pemerhati, wakil dari Majlis Peguam dan polis.
No comments:
Post a Comment