Pengerusinya, Mohd Safuan Anang berkata, memorandum lima perkara itu mahu usaha diambil untuk mengatasi sekatan ke atas mahasiswa dalam menyertai pilihan raya tersebut.
Menurutnya, keraguan mengenai pilihan raya itu telah dibawa kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan balas sehingga kini.
"Kami minta supaya Bersih 2.0 mengkaji lima tuntutan yang dimasukkan ke dalam memorandum ini supaya jadikannya lebih telus dan adil.
"Kita kesal dan kecewa apabila kita rujuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri namun tiada respons.
"Oleh itu kita harap melalui ini, Bersih sendiri dapat gesa pihak kerajaan," katan pada sidang media di sini, hari ini.
Memorandum itu menuntut penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa dipilih menganggotai jawatankuasa urus pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem undi lebih telus dan dana calon bertanding.
Justeru, Safuan menimbulkan persoalan mengapa sehingga kini tarikh sebenar pilihan raya kampus tidak ditetapkan.
"Apakah isu sebenar sampai tarikh pilihan raya belum diumumkan lagi sehingga hari ini?
"Tahun lepas tarikh pilihan raya pada bulan Februari, sekarang hampir setahun, namun belum ada pengumuman. Oleh itu kami tertanya apa sebenarnya berlaku," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment