Mohd Sabri Said, |
(Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen bersalaman dengan salah seorang pengunjung rumah terbuka dengan diperhatikan Saleh Man)
Walaupun beliau datang sebagai tetamu atau rakan dalam arena politik di negeri ini namun sedikit sebanyak ianya mencuit perasaan orang ramai yang hadir sehingga menimbul tanda tanya kemungkinan beliau akan bersama Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Ini ekoran dari adanya tangan ghaib dalaman Umno yang mahu mencantas politik mesranya yang asyik turun padang menghidu permasalahan masyarakat tanpa mengira latar belakang fahaman politik.
Bagi sesetengah pihak dalam Umno kunjunganya ke rumah terbuka Aidil Fitri Adun Permatang Pasir yang menang atas tiket PAS membawa erti yang negetif sekaligus membuka peluang untuk golongan yang menentangnya mencari fasal menolak beliau dari pesada politik di Pulau Pinang.
Tambahan lagi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sedang mengintai peluang bertanding di kawasan yang dianggap selamat bagi Umno.
Kawasan yang dimaksudkan ialah N13 Seberang Jaya yang dimenangi Datuk Arif Shah sejak 2004.
Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan perlawanan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Arif Shah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dun Seberang Jaya, Umno kalah teruk.
Cuma di peringkat Dun sahaja Umno nampak masih bertaring mungkin disebabkan PKR gagal meletakan calon yang berwibawa dan disenangi ramai.
Ramai yang beranggapan sekiranya Umno meletakkan lain dari Ariff Shah di Seberang Jaya kerusi tersebut akan terbang kepada Pakatan Rakyat.
Beliau yang datang dengan rombongan tiba pukul 2.30 petang sempat bertemu orang ramai yang masih tidak pulang kerana berbual dengan rakan taulan serta berbaris panjang menanti giliran mendapatkan semangkuk cendol yang didatangkan khas dari Alma, Bukit Mertajam.
Sambutan hebat dengan kedatangan hampir 4000 orang menyaksikan rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan padu Datuk Saleh Man yang mengantikan Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat masalah jantung.
Petugas cawangan seluruh Dun Permatang Pasir dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang menyajikan 15 menu kali ini terpaksa tutup kedai awal kerana kehabisan makanan.
Selain Adun Seberang Jaya hadir ke majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir itu ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Adun Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong, Adun Padang Lalang, Tan Cheong Heng, Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Haji Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kasim, Yang DiPertua Pas Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.
Setiausaha PAS Negeri, Mohd Noor Harun, mantan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Fauzi Naim dan Pengerusi Pemenang, Datuk Yusuf Latif juga hadir.
No comments:
Post a Comment