New
Jersey – Bayangkan bagaimana seorang wanita, yang mempunyai penyakit
Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) terpaksa melalui kemuncak
kepuasan seks sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan
intim
.Itu yang dialami Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana
dia akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki
keretapi, kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya
sebagai jururawat.
Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.
Doktor percaya keadaan itu berlaku selepas Ramsey terjatuh daripada tangga pada 2001.
“Jika
wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak
dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk
menghentikannya,’’ katanya.
Ramsey,
yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara itu
selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.
“Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila.
“Kami
cuba menghentikan dengan pelbagai cara termasuk duduk di atas kacang
beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,’’ katanya.
Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.
“Saya
dapat merasakan yang saya tidak lagi dapat mengawal badan saya,
bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah
ia amat memalukan.
“Setiap
kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai kemuncak
syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta
menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan
menyaksikannya,’’ katanya.
Menurut
Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa rawatan
yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.
Dia dijadual bertemu pakar PGAD di London, bulan depan.
No comments:
Post a Comment