MALAYSIA KINI
Penduduk
Bukit Koman, Pahang 'melantik' dua menteri MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai dan Datuk Ng Yen Yen sebagai duta mereka untuk demonstrasi
antisianida "Himpunan Hijau Raub" pada 2 September ini.Liow dan Ng dikatakan sudah berikrar menyokong gerakan antisianida sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya didakwa bertukar fikiran.
Manakala 'Ng' sebagai menteri pelancongan turut menggalakkan rakyat Malaysia melawat Raub pada hari perhimpunan itu diadakan.
Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat disahkan.
No comments:
Post a Comment