KUALA LUMPUR -- Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang
dikaitkan dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd, tidak ditubuhkan sama ada di
bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SSM Mohd Naim Daruwish berkata berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Okt 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.
“Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan menghendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.
“Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut,” katanya.
Mohd Naim berkata pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.
Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu.

No comments:
Post a Comment