Shahbudin Husin
Di
gerabak keretapi dan stesennya di Lembah Kelang kini dipenuhi dengan
iklan-iklan yang memaparkan wajah Najib dengan slogan Kami Mendengar
sambil memaparkan wajah Najib dalam pelbagai suasana bersama rakyat.
Iklan itu bukan saja menggambarkan keghairahan UMNO untuk menawan
kembali Selangor daripada genggaman Pakatan Rakyat tetapi juga
melambangkan keinginan untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang mesra
dengan keluh kesah serta derita rakyat.
Najib ingin dilihat sebagai pemimpin yang sedia mendengar apa saja denyut nadi rakyat dan berkali-kali menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaannya.
Tetapi benarkah apa yang diucap sama dengan apa yang dibikin? Cuba kita imbas satu persatu.
Dalam kes
penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR yang mendedahkan isu
lembu NFC dan canpurtangan Najib dalam penganugerahan projek tambahan
LRT Ampang kepada syarikat kroninya, George Kent jelas sekali
menunjukkan bahawa Najib langsung tidak mendengar cetusan hati rakyat.
Dalam kes
lembu NFC, sudahlah tindakan begitu lambat diambil terhadap keluarga
Shahrizat dan di ketika rakyat gembira dengan pendedahan Rafizi itu
yang dianggap cuba menyelamatkan wang rakyat daripada terus dirompak
dan diselewengkan, tiba-tiba Rafizi pula yang didakwa dibawah akta
Bafia iaitu mendedahkan maklumat bank.
Nampaknya
dalam era Najib ini pihak yang memberi maklumat atau mahu mencegah
kemungkaran juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang dari
pemerintah.
Tidak
cukup dengan itu Rafizi juga dibawa di mahkamah dengan tangan bergari
berbanding suami Shahrizat, Salleh Ismail yang turut didakwa sebelum
ini tidak pula digari tangannya.
Dalam kes
projek tambahan LRT Ampang pula, Rafizi telah mendedahkan bagaimana
campurtangan Najib mahu memberi projek itu kepada syarikat rakan
karibnya, George Kent walaupun syarikat itu dibuktikan tidak melepasi
penilaian teknikal yang diperlukan. Setelah berbagai pendedahan dibuat
yang menggambarkan kecurangan Najib sebagai pemimpin sehingga kepada
aspek keselamatan projek itu kepada rakyat, Najib akhirnya memberikan
juga projek itu kepada Geogge Kent.
Semua
tindakan ini menggambarkan Najib langsung tidak mahu mendengar suara
hati rakyat bahkan seperti ada dendam di sanubarinya terhadap Rafizi.
Rafizi didakwa di mahkamah bukan saja kerana mendedahkan isu lembu NFC
tetapi juga dipercayai kerana menyelongkar perihal projek LRT Ampang
itu.
Dalam isu sambutan hari merdeka pula di mana tema berbaur kepentingan politik UMNO digunakan iaitu Janji Ditepati, Najib juga tidak mahu mendengar suara hati rakyat yang mahu tema itu digantikan dengan tema lain yang bersifat neutral serta menyenangkan semua pihak sebagaimana tema-tema yang digunakan sebelum ini.
Dalam isu sambutan hari merdeka pula di mana tema berbaur kepentingan politik UMNO digunakan iaitu Janji Ditepati, Najib juga tidak mahu mendengar suara hati rakyat yang mahu tema itu digantikan dengan tema lain yang bersifat neutral serta menyenangkan semua pihak sebagaimana tema-tema yang digunakan sebelum ini.
Melalui
suara Rais Yatim, kerajaan begitu angkuh mahu mempertahankan tema itu
walaupun umum mengetahui Program Janji Ditepati adalah adalah program
jelajah UMNO untuk berkempen dan bertemu rakyat anjuran Media Prima
yang sudah dihadiri Najib di beberapa lokasi. Papan tanda berslogan
Janji Ditepati juga sudah dipasang di seluruh negara sejak empat atau
lima bulan lalu.
Sudah
tentu jika tema Janji Ditepati mahu digunakan sebagai tema sambutan
merdeka, ia berkait secara langsung dengan UMNO dan hasrat untuk
memenangi pilihanraya. Maka, rakyat yang tidak berparti atau menyokong
selain UNNO, wajar mengemukakan bantahan kerana merderka adalah milik
semua orang.
Sekali lagi Najib dan kerajaannya tidak mahu mendengar suara rakyat janji yang dipasang di pelbagai papan iklan itu.
Di ketika
yang lain Najib juga melafazkan slogan yang cukup lunak didengar iaitu
era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir dan kerajaan kini
haruslah lebih peka kepada kehendak rakyat. Tetapi hakikatnya
pentadbiran kerajaan selama lebih tiga tahun ini seolah-olah beliaulah
paling mengetahui segala-galanya.
Kerajaan
di era Najib ditadbir secara membelakangjan hasrat rakyat di mana
banyak projek-projek kerajaan diberikan sesuka hati kepada rakan-rakan
rapat dan kalangan anak menterinya. Janji mahu melaksanakan tender
terbuka langsung tidak ditepati dan kalau ada pun tender sebagaimana
projek LRT Ampang, beliau cuba pula campurtangan supaya hasil
kekayaan negara akhirnya tetap masuk ke poket rakan-rakannya.
Seiring dengan laungan era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir itu, Najib juga membiarkan perlakuan menteri-menterinya mentadbir kementerian sesuka hati dengan sama-sekali tidak berpegang kepada slogan itu. Ini dapat dilihat dalam kes Rais Yatim yang memilih tema, logo serta lagu sempena hari merdeka yang bertentangan sama sekali kebebasan rakyat yang berpegang kepada pelbagai fahaman politik.
Seiring dengan laungan era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir itu, Najib juga membiarkan perlakuan menteri-menterinya mentadbir kementerian sesuka hati dengan sama-sekali tidak berpegang kepada slogan itu. Ini dapat dilihat dalam kes Rais Yatim yang memilih tema, logo serta lagu sempena hari merdeka yang bertentangan sama sekali kebebasan rakyat yang berpegang kepada pelbagai fahaman politik.
Ismail
Sabri pula dilaporkan telah menukarkan empat orang pengarah koperasi
negeri dengan notis 24 jam semata-mata kerana tidak puas hati terhadap
kehadiran orangramai dalam sambutan Hari Koperasi yang begitu
mengecewakan.
Beberapa
menteri lain juga mentadbir kementerian mereka seperti ianya harta
peninggalan datuk nenek masing-masing di mana bukan saja projek
diberikan sesuka hati kepada rakan-rakan tetapi juga langsung tidak mahu
mendengar pandangan, keluhan serta suara hati orang lain.
Jika
diimbau pelbagai slogan yang diperkenalkan Najib seperti Rebah Jika Tak
Berubah, wassatiyah, pencapaian didahulukan dan rakyat diutamakan
serta pelbagai lagi yang diretorikkannya sejak menjadi Perdana Menteri,
jelas kelihatan bahawa semua slogan itu bertentangan dengan apa yang
dilakukan.
Najib kini
bukan sahaja tergambar sebagai pemimpin paling retorik tetapi dalam
masa yang sama sedang menguburkan satu persatu slogan-slogan yang
pernah dilaungkannya itu.
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun
80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA.
Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro
Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia
dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno
Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah
buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan
Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
No comments:
Post a Comment