MALAYSIAN DIGEST | |
ALOR GAJAH: Seorang juruteknik maut selepas tersepit mesin di sebuah kilang pembungkusan di kawasan perindustrian Kelemak di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11:50 pagi
tadi, mangsa Mohd Jafri Sarip, 36, dari Kampung Ganun di sini dipercayai
sedang memeriksa mesin pentermobentukan plastik yang baru memulakan
operasi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata ketika melakukan pemeriksaan, kepala mangsa tersepit pada mesin sehingga mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia. "Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Sementara itu, ibu mangsa, Asmah Zainal, 60, ketika ditemui berkata beliau menerima berita kematian anaknya itu kira-kira 12.30 tengah hari melalui seorang rakan anaknya. Katanya Mohd Jafri yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berusia setahun hingga 7 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja di kilang tersebut dua bulan lepas, namun menangguhkan hasrat itu. - Bernama |
Thursday, August 2, 2012
Juruteknik Kilang Maut, Kepala Tersepit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment