Kes skandal NFC (National Feedlot
Corporation) cukup unik. Betapa untungnya keluarga ini yang tiada
pengalaman menternak tetapi berjaya menikmati satu kontrak berskala
besar yang cukup lumayan daripada pihak kerajaan Malaysia bernilai RM250
juta di mana Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat tersebut, manakala anak-anaknya merupakan pengarahnya.
Sehinggakan anak syarikat Felda
contohnya yang ada pengalaman menternak pun tidak mendapat kontraknya.
Sukar untuk dipercayai, tetapi inilah yang berlaku?
“Memang bersih dan telus sungguh pemberian kontrak ini”
Harapan kami, Datuk Seri Najib dapatlah
melantik semula Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk jawatan yang lebih
setimpal selepas tidak disambung kontraknya sebagai senator yang ketika
itu beliau terpalit dengan skandal NFC ini yang mana akhirnya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dapat membuktikan
yang sebenarnya DaTuk Shahrizat Jalil tidak bersalah rupanya.
KUALA LUMPUR: The MACC’s Operations Evaluation Panel (PPO) has cleared Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil of being involved in the awarding of the RM250mil National Feedlot Centre (NFC) project to a company run by her family.Shahrizat: Cleared by MACC
PPO chairman Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil said Thursday that investigations into Sharizat’s involvement in NFC were now closed as she was not found to have been involved in the process of awarding the loan or the contract to the company.
Kami sekalipun tidak akan mengatakan
yang Datuk Shahrizat yang menganugerahkan projek berimpak tinggi ini,
Projek Fidlot Kebangsaan ini kepada keluarganya sendiri. Semestinya
tidak logik dan tidak mungkin berlaku di sini. Itu adalah kontrak di
bawah Kementerian Pertanian, Datuk Shahrizat ketika itu bergelar Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semestinya yang
menganugerahkan projek itu adalah menteri yang bertangungjawab bagi
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.
Dalam penganugerahan kontrak ini, isu
dan persoalan yang berbangkit ketika ini bagaimana syarikat ZERO track
rekodnya dalam livestock boleh dapat anugerah projek berimpak tinggi yang bernilai RM250 juta ini?
Dan sungguh “kebetulan” apabila syaraikat yang tiada rekod dan
pengalaman ini rupanya milik ahli keluarga kepada salah seorang yang
berada dalam jemaah menteri pada masa itu. Sungguh kebetulan…..
- Individu A luluskan projek untuk suami kepada individu B
- Individu B luluskan projek untuk isteri kepada individu A
- Individu C luluskan projek untuk anak kepada individu D
- Individu D luluskan projek untuk adik kepada individu C
Jangan risau kalau melihat rentak
sekarang ini, individu A, B , C dan D yang luluskan projek biasanya
tidak akan dipersalahkan tetapi menerimanya itu berdepan risiko untuk
disabitkan kesalahan.
(Sumber : Malaysiakini)
Biasanya jikalau mana-mana daripada anda
yang pernah masuk dan menyertai peraduan RM1 juta Tongkat Ali Power
Root contohnya ataupun peraduan teka bolasepak terbitan Utusan yang
hadiahnya mencecahkan ratus-ratus ribu, anda akan perhatikan di mana
terma dan syarat yang dikenakan antara lain menyatakan seperti berikut :
- pekerja dan kakitangan, ahli keluarga, tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam peraduan ini
Apa yang ingin kami beritahu di sini
sebenarnya? Sebenarnya ini semua hanyalah peraduan picisan sahaja.
Tetapi perhatikan semula VALUE di situ.
“Conflict of Interest”
Di atas ini hanya peraduan yang paling
tinggi pun sekitar RM1 juta sudah ada terma dan syarat seperti ini,
adakah tender ratus-ratus juta juga tidak ada terma dan syarat seperti
ini. Tiada? Kalau tiada….tahniah kami ucapkan. Kita nantikan indeks rasuah untuk siri yang akan datang pula selepas ini.
Kami berikan contoh satu lagi cerita ringkas di bawah berdasarkan
pengalaman benar daripada seorang anak penternak yang mahu mengikut
jejak ayah melalui caranya sendiri :
- Ada kalangan anak penternak yang pernah jaga lembu ayahnya daripada darjah satu contohnya
- Bila habis belajar sahaja, beliau berminat untuk berniaga dengan menternak lembu berdasarkan sedikit pengalaman yang diperolehi selama ini
- Mohon tanah, tetapi jumlah pinjamannya hanyalah kecil sahaja. Tidak sampai 1% pun daripada NFC pun
- Dan pegawai itu bertanya soalan yang hampir pasti akan ditanya, “Kamu ada pengalaman ternak lembu ke? (jawapannya YA berdasarkan pengalaman bertahun-tahun menternak lembu). Tetapi akhirnya?
- Akhirnya tidak dapat juga……….
Mungkin selepas sudah tiba masanya Datuk
Seri Shahrizat Jalil boleh dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi
dalam Felda selepas didapati “bersih” dan tidak bersalah dalam skandal
fidlot kebangsaan ini? Pelik? Tak sesuai?
Mengapa tidak, seperti apa yang dinikmati oleh Tan Sri Isa Samad sekarang ini,
selepas sahaja tidak menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan terpalit
dengan skandal politik wang dalam erti kata lain rasuah, akhirnya
berjaya diangkat sekarang sebagai Pengerusi FELDA. Mungkin?
No comments:
Post a Comment