Editor Buletin
KUALA TERENGGANU
- Selebriti Hairie Othman yang telah mengumumkan menyertai perjuangan
PAS pada pada 20 Jun lalu disahkan akan hadir dan memeriahkan program
PAS Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU04) di Kampung Padang Mengkuang pada 29 dan
30 Jun ini.
Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Zaidan Abdullah,
Hairie akan muncul dalam program Santai Ustaz Azhar Idrus bersama
Selebriti Leman Raja Lawak.
“Hairie akan hadir program PGU04 dan bersama sesi ‘Xpresi Hijau Anak Muda’ yang bermula jam 2 petang pada Sabtu,
“beliau bersama Leman Raja Lawak akan berada sepentas dengan Ustaz Azhar Idrus,”ujarnya.
Sementara
itu, semalam Rabu 27 Jun, Hairie telah mengadakan pertemuan empat mata
dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.
Menurut
Pegawai Khas Tuan Guru Nik Aziz, Wan Zulkifly Wan Yaacob, pertemuan
tersebut telah diadakan disebuah hotel di Kuala Lumpur.
“Tok Guru
hadir ke Kuala Lumpur sempena mesyuarat Majlis Raja-raja, Hairie datang
untuk bertemu dengan Tok Guru kira-kira pada jam 1 petang,”jelas Wan
Zul ketika dihubungi Buletinonline.
Beliau berkata, Hairie
menghabiskan masa kira-kira sejam dan sempat solat zohor berjamaah
bersama dan makan tengah hari bersama Menteri Besar Kelantan itu.
Sehubungan
itu, komen dalam laman sosial beliau, dibawah gambarnya bersama Tok
Guru, Hairie menulis; “ Saya budak baru belajar, pimpinlah,didiklah saya
kearah yang lebih baik..saya menyokong dan bersama dalam perjuangan
menegakkan dasar Islam.. Allahuakbarr..,”.
Dalam komen lain,
Hairie mengkritik tindakan kerajaan Umno-BN yang mengugut dan memaksa
memilih parti tersebut pada pilihanraya umum akan datang.
“Ini
lagi satu cara mengguna kuasa memerintah sesuatu kerajaan dengan memaksa
rakyat memilih dengan paksaan. Jikalau parti lain memerintah, apakah
anda setuju dengan cadangan memaksa rakyat ini?,”soal Hairie.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas berita Menteri Besar Terengganu, Dato
Seri Ahmad Said yang meminta individu meletakkan jawatan dalam kerajaan
sekiranya menyokong pembangkang
Hairie juga pelik dengan sikap
taksub seorang penyokong Umno-BN yang memberikan respon memfitnah beliau
serta PAS sebaik beliau mengumunkan untuk bersama dalam perjuangan
partu itu.
Jom Anak Muda ke Xpresi Hijau Terengganu!
Dalam
perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)
menjemput semua anak muda untuk turut bersama-sama dalam program "Xpresi
Hijau Anak Muda".
Menurut Setiausahanya, Zaidan Abdullah,
program yang diadakan sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya dan PGU 4.0
itu akan membariskan tokoh-tokoh pemimpin muda PAS.
Antaranya,
kata beliau, adalah Ketia Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hassan
Tantawi dan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Katanya,’ Xpresi Hijau’ akan turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan UNiC dan Ustaz 'Alim Shoutul Amal.
“Kemuncak program ini adalah Santai Ustaz Azhar Idrus bersama Selebriti Leman Raja Lawak dan pelakon Hairie Othman.
“Program
Xpresi Hijau ini akan dimulakan dengan Konvoi Anak Muda seawal jam 9
pagi bermula dari Masjid Pengadang Baru ke tapak program bagi
menyemarakkan perasmian Himpunan Hijau PGU 4.0,”katanya dalam siaran
media yang diedarkan hari ini.
Beliau menambah, program penuh Xpresi Hijau akan bermula jam 2.00 petang dan dijangka berakhir jam 6.30 petang.
No comments:
Post a Comment