Shahbudin Husin
Jika
mahu dikatakan transformasi, barangkali inilah transformasi yang
sebenarnya yang mahu dibawa oleh Najib. Sejak menjadi Perdana Menteri,
Najib ternyata paling banyak melakukan pelbagai perkara baru semata-mata
untuk mendapatkan undi dan memastikan dirinya terus kekal berada di
puncak kuasa.
Dari
memberi wang kepada rakyat, budak sekolah, pelajar universiti, durian
runtuh kepada peneroka Felda sehinggalah kepada memberi baucer tayar
kepada pemandu teksi – adalah antara pembaharuan politik yang
diperkenalkan Najib. Najib dilihat sebagai pemimpin yang pemurah dengan
wang tunai dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin
sebelum ini, jika ada pun pemberian tunai hanyalah pemberian bonus kepada
kakitangan kerajaan.
Kali ini
beliau melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadikan sambutan
Hari Merdeka sebagai medan kempen bagi UMNO dan BN pula melalui
persetujuan kerajaan menggunakan ungkapan 1Malaysia Janji Ditepati
sebagai tema sambutannya pada tahun ini.
Pengumuman tema ini diumumkan oleh Dr Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab terhadap sambutan hari kemerdekaan itu.
Sesiapa
pun yang membaca tema itu dengan pantas menyedari bahawa ia bertemakan
kempen politik, lebih-lebih lagi Program Janji Ditepati adalah sebuah
program mendekati rakyat anjuran Media Prima yang sudah diadakan di
beberapa lokasi di seluruh negara dengan Najib sendiri hadir dan
bercakap mengenai politik, pilihanraya dan mempertahankan kuasa di
program-program tersebut.
Oleh itu,
dengan menggunakan tema yang sama, tentulah ia juga bermotifkan politik
dan seolah-olah mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO dan BN adalah
penunai janji terbaik yang mesti terus dikekalkan kuasanya.
Sambutan
Hari Merdeka sepatutnya diraikan dengan mengajak rakyat menghargai
kemerdekaan, kecintaan kepada negara, memupuk perpaduan dan lain-lain
nilai baik yang meliputi semua kaum dan golongan kerana ia diraikan
oleh semua lapisan rakyat. Ia seharusnya merentasi batas politik dan
untuk semua orang.
Tetapi dengan Najib ingin melakukan transformasinya mahu menjadikan Hari Merdeka sebagai medan kempen politik, ia bukan saja menyerlahkan keghairahan yang terlampau terhadap kuasa dan kemenangan malahan di sisi lain menggambarkan kebimbangan Najib yang sedang berada di tahap maksima.
Tetapi dengan Najib ingin melakukan transformasinya mahu menjadikan Hari Merdeka sebagai medan kempen politik, ia bukan saja menyerlahkan keghairahan yang terlampau terhadap kuasa dan kemenangan malahan di sisi lain menggambarkan kebimbangan Najib yang sedang berada di tahap maksima.
Tidak
pernah mana-mana pemimpin sebelum ini menjadikan sambutan Hari Merdeka
sebagai medan kempen, walau bagaimana gelora sekali pun kemelut politk
yang sedang dihadapi. Mahathir sendiri ketika menghadapi tentangan
sengit Semangat 46 pada pilihanraya 1990 dan selepas pemecatan Anwar
pada piliharaya 1999, tidak tergamak menjadikan sambutan hari
kemerdekaan di mana-mana tahun sekali pun sebagai medan untuk kempen
politiknya.
Untuk
renungan bersama, elok kita imbas kembali tema-tema sambutan Hari
Merdeka sejak 1970 untuk melihat kematangan pemimpin sebelum itu
berbanding Najib yang kelihatan cukup pendek akalnya.
Tema sambutan
kemerdekaan hanya diperkenalkan mulai tahun 1970 dan sebelum itu ia
tidak mempunyai tema dan lebih menjurus kepada erti kemerdekaan sahaja.
1971 – Masyarakat progresif
1972 – Masyarakat adil
1973 – Masyarakat berkebudayaan Malaysia
1974 – Sains dan teknologi alat perpaduan
1975 – Masyarakat berdikari
1976 – Ketahanan rakyat
1977 – Bersatu maju
1978 – Kebudayaan sendi perpaduan
1979 – Bersatu berdisiplin
1980 – Berdisiplin berbakti
1981 – Berdisiplin berharmoni
1982 – Berdisiplin giat maju
1983 – Bersama ke arah kemajuan
1984 – Amanah asas kejayaan
1985 – Nasionalisme teras perpaduan
1986 – Bangsa tegas negara teguh
1987 – Setia bersatu berusaha maju
1988/1989 – Bersatu
1990 – Berjaya
1991 – Wawasan 2020
1992 – Wawasan asas kemajuan
1993 – Bersatu menuju wawasan
1994 – Nilai murni jayakan wawasan
1995 – Jatidiri penggerak wawasan
1996 – Budaya penentu kecapaian
1997 – Akhlak mulia masyarakat jaya
1998 – Negara kita, tanggungjawab kita
1999 – Bersatu ke alaf baru
2000 – 2006 – Keranamu Malaysia
2007 – Malaysiaku gemilang
2008 – Perpaduan teras kejayaan
2009 – 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
2010 – 1Malaysia menjana transformasi
2011 – 1Malaysia, transformasi berjaya, rakyat sejahtera
2012 – 1Malaysia janji ditepati
No comments:
Post a Comment