NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mempertahankan kedudukan Mursyidul Am,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri
(Dun) dan kekal sebagai Menteri Besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU13).
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
berkata, Nik Abdul Aziz akan kekal bertanding di peringkat Dewan
Undangan Negeri Kelantan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara bersama antara pucuk pimpinan parti di peringkat Pas Negeri dan Pusat.
No comments:
Post a Comment