Kepuasan terhadap prestasi Perdana
Menteri Najib Razak telah menurun dari 69% pada Februari 2012 kepada
65%, selepas perhimpunan BERSIH 3.0, menurut soal selidik yang
dijalankan Merdeka Center, baru-baru ini. Bagaimanapun, hanya 48% daripada 1,019 responden berpuas hati terhadap prestasi kerajaan.
Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% .
Selain itu, peratus puas hati kaum Cina terhadap PM telah jatuh mendadak sebanyak 19%, dari 56% kepada 37% .
Dalam satu kenyataan oleh Ibrahim Suffian, Pengarah Eksekutif Merdeka Center,
70% daripada responden yang berusia 50 tahun ke atas berpuas hati
dengan prestasi PM, tetapi ia hanya mencatat 61% yang berpuas hati
dengan Najib (gambar kanan), di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke
bawah.
Seandainya dilihat dari nisbah kaum, 79% responden Melayu berpuas hati dengan Najib, dengan 19% tidak berpuas hati; 37% responden Cina berpuas hati, sementara 48% tidak berpuas hati dan 72% responden India berpuas hati, dengan 24% tidak berpuas hati.

Merdeka Center menganggap
perhimpunan BERSIH 3.0 telah melonjakkan kepuasan pengundi Melayu
terhadap PM, dari 74% pada Februari kepada 79% sekarang. Namun,
kepuasan mereka terhadap kerajaan tidak meningkat dengan nyata. Walau
bagaimanapun, sokongan yang diraih Najib di kalangan masyarakat Cina
jatuh mendadak sebanyak 19%, menghancurkan modal politik yang diusahakan
Najib selepas perhimpunan BERSIH 2.0.
Soal
selidik ini dijalankan dari 10 hingga 18 Mei 2012, dengan panggilan
telefon kepada 1,019 orang pengundi. Nisbah responden adalah 59%
Melayu, 32% Cina dan 9% India. Responden dipilih secara rambang
mengikut etnik, gender dan negeri.
No comments:
Post a Comment