Berucap pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi, Aishah berkata: "Saya menyeru Pas bersabar dalam mentarbiyah golongan artis, bimbinglah kami untuk selamat di dunia dan akhirat."
Katanya, Pas harus memberi pencerahan kepada golongan artis untuk menggunakan medium hiburan sebagai dakwah kepada masyarakat.
"Ceramah beri pandangan dari sudut intelek, muzik pula beri pandangan tentang perasaan.
"Golongan artis ada peranan mereka dalam menyampaikan, cuma cara penyampaian kadang-kadang membuatkan kita jauh dari Islam.
"Kita kena ramaikan ustaz dan ilmuan yg boleh bangunkan bidang seni supaya semua artis dapat berkarya berdasarkan al-Quran dan hadis," katanya dipetik Harakah Daily.
Aishah juga berkata, langkah Pas memberi peluang kepada golongan artis sepertinya untuk sama-sama berada di pentas ceramah membuktikan parti itu adalah untuk semua masyarakat.
"(Selama) 25 tahun saya berada di pentas hiburan. Malam ini saya sangat terharu diberi peluang berada di pentas Pas dan membuktikan 'Pas for everyone'," katanya.
Selain beliau, seorang lagi selebriti TV Al-Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas Pas malam tadi.
Muhamad Zaid yang berasal dari Sarawak bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam.
"Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.
Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang'.
No comments:
Post a Comment