Sumber
dari pejabat Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali memaklumkan kepada
penulis bahawa Timbalan Presiden PKR itu akan tampil membuat penjelasan
mengenai kandungan ‘video aiskrim’ yang didakwa oleh Datuk Nallakaruppan
melibatkan isteri beliau, Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim semasa Himpunan Bersih 3.0 pada Sabtu nanti.Penjelasan
itu dikhabarkan mampu menamatkan terus polemik politik membabitkan
keluarga beliau yang timbul lanjutan dari kes saman RM 100 juta yang
dikemukakan Anwar ke atas Nalla.
Penulis
sambut baik tindakan segera Azmin ini kerana dari apa yang penulis
dengar dan lihat, masyarakat begitu memberi perhatian dengan dakwaan
terbaru ini. Reaksi ini memang sudah dijangka memandang masyarakat kita
memang gemar dengan berita sensasi melibatkan ahli politik.
Ia bukan
sangat tentang ‘aksi’ kelucahan melampau yang didakwa berlaku di dalam
video tersebut, tapi yang lebih menarik perhatian rakyat ialah tentang
perihal moral pemimpin.
Justeru
bila Azmin memilih untuk menjawab sendiri isu ini, Azmin sebenarnya
menuju ke arah yang betul kerana memang itulah yang diharapkan penyokong
Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya.
Cuma
penulis harap penjelasan Azmin nanti tidak bercampur aduk dengan kes-kes
peribadi keluarga beliau lain yang turut menjadi isu politik. Biarlah
penjelasan itu fokus kepada isu video ini sahaja.
Bukan apa, penulis tidak mahu polemik politik berterusan yang timbul dalam isu membabitkan seorang anak Azmin sebelum ini, berulang semula dalam kes video aiskrim ini lagi.
Bukan apa, penulis tidak mahu polemik politik berterusan yang timbul dalam isu membabitkan seorang anak Azmin sebelum ini, berulang semula dalam kes video aiskrim ini lagi.
Dalam kes
itu, memang benar Azmin telah menjalankan 2 ujian DNA pada Julai 1998
bagi membuktikan bahawa Nurul Afifah adalah anaknya dengan Shamsidar.
Tetapi ujian itu diragui banyak pihak kerana ia dikatakan tidak mengikut
prosedur yang sepatutnya (spesimen diambil dan dihantar sendiri oleh
Azmin, bukan pakar bertauliah).
Selain
hakikat bahawa ketika spesimen diambil, Azmin masih lagi menjadi
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan (tuduhan menyalahgunakan kuasa).
Itu yang timbul dakwaan bahawa spesimen itu bukan dari Afifah, sebaliknya dari anak-anak Azmin yang lain!!
Baiklah, penulis rasa kita lupakan tentang soal itu kerana yang kita berhadapan sekarang ialah isu video aiskrim. Baru sahaja sebentar tadi penulis dimaklumkan bahawa memang isi kandungan sampul tersebut ialah pita video seperti yang didakwa Nalla.
Baiklah, penulis rasa kita lupakan tentang soal itu kerana yang kita berhadapan sekarang ialah isu video aiskrim. Baru sahaja sebentar tadi penulis dimaklumkan bahawa memang isi kandungan sampul tersebut ialah pita video seperti yang didakwa Nalla.
Dengan
video tersebut akan sampai terus kepada Mahkamah (bukan blogger UMNO
seperti yang terjadi dalam video fitnah yang didedahkan oleh Trio Datuk
T), teknik dan strategi berhadapan dengan isu tersebut juga perlulah
dibuat dengan berhati-hati juga.
Penulis harap cadangan ini mendapat perhatian strategis PKR. Suara Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment