Skuad BO
KUALA TERENGGANU
– Selepas detik provokasi polis sekitar jam 3.00 petang semalam pada
himpunan Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka, tindakan polis tidak
lagi bersifat rasional dan tidak jauh bezanya dengan samseng jalanan
atau pun kongsi gelap.
Tinjauan Buletinonline sehingga lewat petang, polis secara
berkumpulan ‘bermaharajalela’ memburu orang awam mencekup, menyepak dan
menarajang sesiapa sahaja yang meraka syakki sebagai peserta himpunan
Bersih 3.0
[Gambar kanan - lebih 10 orang polis membelasah
seseorang (dalam bulatan merah) umpama kumpulan kongsi gelap . Gambar
bawah pula dirakam skuad BO bagaimana polis memburu seorang peserta
Bersih 3.0 umpama samseng jalanan]
Paling menyedihkan, fe’el
perangai polis selaku penguatkuasa undang-undang bertukar menjadi
gerombolan anak-anak samseng apabila, mereka yang berkumpul
beramai-ramai di persimpangan berdekatan Dataran Merdeka bertepuk sorak
apabila setiap kali tangkapan dibuat dan mangsa tangkapan dibawa ke
kawasan yang telah dijajah polis itu.
‘Amukan’ polis itu bukan
hanya sekitar Dataran Merdeka tetapi umpama kumpulan ‘kongsi gelap’
mereka masuk ke lorong-lorong belakang sehingga ke Pudu Sentral dan
jalan Tuanku Abdul Rahman, seolah-olah lapar, mencari ‘habuan’.
Persoalannya
siapakah ‘dalang’ disebalik tindak-tanduk polis itu? Kerana
sesungguhnya sebagai orang bawahan penjawat awam yang berpakaian
seragam, pasukan keselamatan polis diraja Malaysia, tidak akan berani
melakukan sewenang-wenangnya, kecuali ada arahan dari pihak atasan!
No comments:
Post a Comment