Sunday, April 29, 2012

Rumah artis, cerita Bersih 3.0 terhangat

Harakahdaily,
 

KUALA LUMPUR: Berita mengenai sebuah rumah yang bernilai RM4 juta dimiliki seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-17.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang, kata sumber telah diduduki awal April ini.

Di tangga kedua pula, ialah sebuah kupasan menarik daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada mereka yang terkeliru dengan mainan Umno sehingga sangsi samada mereka perlu menyokong Bersih 3.0 sebelum perhimpunan diadakan pada 28 April.

Berita mengenai pertemuan pelakon filem Bukit Kepong dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula menduduki tempat ketiga minggu ini.

Di tempat keempat pula berita mengenai gangguan berbentuk termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya yang sengaja dibuat pihak tertentu ketika ceramah pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Manakala, berita mengenai insiden bagaimana sebuah kereta peronda polis boleh terbalik ketika perhimpunan Bersih 3.0 menduduki tangga kelima.

Berita ini adalah untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan TV3 yang menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 22 hingga 28 April, 2012.



1
Rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri
2
Bersih 3.0: Cerita yang mesti dibaca
3
Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu
4
Tarian separuh bogel ganggu pelancaran pra Bersih
5
Bagaimana kereta peronda polis diterbalik
6
2 peserta Bersih cedera parah dirawat di HKL
7
Dataran Merdeka Ditawan
8
2 soalan 'maut' bakal buat Najib 'kecut perut'
9
Kalau ke Kelantan, datanglah ke pejabat saya
10
Sorotan Himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0

No comments: