Seorang
budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, dilarikan
dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Gen2 berwarna hitam ketika
menuju ke sekolahnya di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara (MKIS) di sini,
Jumaat.Dalam kejadian 7.35 pagi itu, Nayati dihampiri dua lelaki
terbabit sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta berkenaan.
Menurut
saksi, kedua-dua lelaki itu menarik Nayati ketika dia berjalan
menghampiri sekolahnya sebelum melarikan kanak-kanak tersebut.
Nayati berpakaian seragam sekolah, bermata coklat dan memiliki ketinggian 1.5 meter.
Keluarga kanak-kanak itu merayu kepada penculik tersebut supaya membebaskan anak tunggal mereka secepat mungkin.
“Kami hanya mahu dia pulang dengan selamat. Tolong lepaskan anak kami dan hubungi kami.
“Kami tidak mahu sebarang masalah berlaku. Kami hanya mahukan anak kami,” kata bapa Nayati, Sham Moodliar.
Polis sedang menyiasat insiden itu selepas keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis, Brickfields.
Pengetua sekolah tersebut, Walter Morris menyifatkan Nayati sebagai seorang yang peramah, popular dan bersikap positif.
“Dia kanak-kanak yang baik. Kami harap dapat menjumpainya dengan segera,” katanya.
MKIS turut menyiarkan berita kehilangan Nayati di laman webnya, www.mkis.edu.my.
Sementara itu, nasib Nayati turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib
dalam laman Twitter pada malam Jumaat berkata, beliau sudah bercakap
terus dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta kes itu
disiasat.
“Saya
merayu sebagai seorang bapa agar Nayati tidak dicederakan dalam apa jua
cara sekalipun. Mari kita berdoa dan menggunakan media sosial untuk
membantu usaha pencarian Nayati,” katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis, sekolah di talian 03-2093-8604 atau 013-681-6085.
No comments:
Post a Comment